Fenomena hidu gam di kalangan remaja sekolah: kajian kes di kawasan persisiran pantai Sarawak / Che Bakar Che Mat... [et al]

Che Mat, Che Bakar and Seli, Hazman and Nordin, Wan Mohamad Hamdi (2004) Fenomena hidu gam di kalangan remaja sekolah: kajian kes di kawasan persisiran pantai Sarawak / Che Bakar Che Mat... [et al]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Gejala sosial yang semakin menular di dalam masyarakat perlu diberi perhatian yang serius salah satu daripadanya ialah gejala hidu gam. Jika dahulunya ia berlaku di kalangan belia dan orang dewasa namun kini golongan remaja dan pelajar sekolah sudah terlibat. Kajian ini cuba membincangkan beberapa aspek dari gejala menghidu gam serta langkah-langkah bagi menanganinya. Di samping itu terdapat juga kaitan antara fenomena hidu gam dengan gejala penyalahgunaan dadah berdasarkan hasil penyelidikan yang dibuat ke atas pelajar di beberapa sekolah di kawasan persisiran pantai Sarawak. Gejala hidu gam, walaupun tidak diberikan perhatian serius, sebenarnya merupakan ancaman yang sangat merbahaya. Sekali imbas gejala ini mungkin tidaklah merbahaya sebagaimana dadah, tetapi sebenarnya, dalam beberapa aspek bahayanya lebih serius dari penyalahgunaan dadah. Suatu realiti yang tidak dapat dinafikan kebanyakan gejala ini melibatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Hasil Penyelidikan juga mendapati beberapa sebab utama yang mendorong penglibatan remaja dalam fenomenma ini. antaranya kerana ia mudah di dapati, harganya yang murah dan tidak terdapat peruntukan undang-undang bagi menghukum mereka yang terlibat. Disamping itu terdapat juga beberapa faktor lain seperti tahap sosio-ekonomi yang rendah, institusi keluarga yang goyah, disusuli dengan pegangan agama yang rapuh telah mendorong berleluasanya gejala ini di sesetengah kawasan pesisiran pantai. Beberapa saranan dan cadangan telah diketengahkan sebagai usaha menangani fenomena hidu gam di bahagian akhir kajian.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Mat, Che Bakar
UNSPECIFIED
Seli, Hazman
UNSPECIFIED
Nordin, Wan Mohamad Hamdi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social influence. Social pressure
H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social influence. Social pressure > Attitude
H Social Sciences > HM Sociology > Social control
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus
Programme: Biro Penyelidikan dan Perundingan
Keywords: hidu gam, remaja, kes remaja
Date: October 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28745
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_CHE BAKAR CHE MAT IRDC B 04_5pdf..PDF] Text
LP_CHE BAKAR CHE MAT IRDC B 04_5pdf..PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

28745

Indexing

Statistic

Statistic details