Kajian kesedaran dan amalan etika perniagaan mengikut perspektif Islam / Kamal Bahrin Shamsuddin… [et al.]

Shamsuddin, Kamal Bahrin and Jaafar, Elias and Abd Hamid, Osman (2003) Kajian kesedaran dan amalan etika perniagaan mengikut perspektif Islam / Kamal Bahrin Shamsuddin… [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengetahuan etika, kesedaran dan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Sebanyak dua ratus enam belas responden ( peniaga muslim ) telah dipilih untuk ditemuduga di 10 buah kawasan di Zon Utara Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Petani, Alor Star, Kulim, Baling, Pulau Langkawi, Kangar, Arau, Kepala Batas, Butterworth dan Bukit Mertajam. Data kajian ini dianalisis mengunakan pendekatan kaedah ujian t, teknik analisis faktor, analisis model-model secara regresi mudah dan regresi bolehbilang melalui pakej SPSS versi 11.0. Hasil dari penganalisisan kajian ini mendapati tahap pengetahuan etika, kesedaran dan amalan peniaga-peniaga muslim mengikuti perspektif Islam adalah masih kurang memuaskan. Namun begitu didapati responden mempunyai tahap amalan yang baik dari sudut perlaksanaan akad jual beli, pengasingan barangan yang berbeza kualiti untuk mengelak unsur-unsur gharar, mempastikan ketepatan alat timbang sukat, dan tidak berurusniaga di waktu terlarang iaitu khususnya ketika azan Jumaat berkumandang. Kajian ini juga mendapati wujud hubungan signifikan diantara pembolehubah sandar tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam dengan pembolehubah-pembolehubah bebas tahap pengetahuan etika dan tahap kesedaran peniaga muslim. Oleh yang demikian, peniaga muslim yang tidak mempunyai pengetahuan etika dan kesedaran, maka sudah tentu mereka tidak akan mempraktikkan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Disamping itu, pembolehubah-pembolehubah bebas kekerapan menghadiri kursus etika perniagaan Islam dan kawasan operasi perniagaan didapati turut menpunyai hubungan signifikan dengan pembolehubah sandar tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Berdasarkan penemuan kajian ini adalah disarankan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan semua bakal-bakal peniaga muslim mengikuti kursus etika perniagaan Islam selaras dengan kepentingan para pengguna muslim dan untuk mencapai matlamat kerajaan Malaysia menjadikan negara ini pengeluar utama barangan dan perkhidmatan halal diperingkat global

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Kamal Bahrin
UNSPECIFIED
Jaafar, Elias
UNSPECIFIED
Abd Hamid, Osman
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: perniagaan Islam; etika; zon utara; kesedaran; peniaga muslim
Date: 30 November 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28703
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_KAMAL BAHRIN BIN SHAMSUDDIN RMI K 03_5.pdf] Text
LP_KAMAL BAHRIN BIN SHAMSUDDIN RMI K 03_5.pdf

Download (135kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

28703

Indexing

Statistic

Statistic details