Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti secara empirik corak perbelanjaan vvang PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan vvang PTPTN pelajar kepada dua kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik Wajib, akademik tidak wajib dan perbelanjaan persendirian Hasil analisis berganda mendapati bahawa perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah keseluruhan perbelanjaan vvang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang Hasil analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar terhadap penggunaan wang PTPTN
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Normala UNSPECIFIED Zainal, Noor Saliza UNSPECIFIED Aman Shah, Sofiah Molek Lope UNSPECIFIED Wan Omar, Maznah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Fund raising. General works H Social Sciences > HG Finance > Trust services. Trust companies |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | PTPTN; UiTM Zon Utara; Kampus Sungai; Tahap literasi komputer; Kampus Arau |
Date: | March 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28263 |
Download
LP_NORMALA ISMAIL RMI K 03_5.pdf
Download (115kB)