Analisis sikap dan kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok. / Zaliha Hj Hussin…[et al.]

Hj Hussin, PM Dr. Zaliha and Wan Salleh, Wan Zulkipli and Jaafar, Elias (2005) Analisis sikap dan kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok. / Zaliha Hj Hussin…[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kemiskinan tegar dengan merangka pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Nasional (DWN) dan sebagainya. Kerajaan Kedah turut merangka matlamat Kedah Maju 2010 dengan harapan rakyatnya menyahut cabaran bagi berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan. Bagaimanapun fenomena kemiskinan tegar terns berlaku sehingga ke hari ini. Objektif utama kajian ini memfokuskan analisis sikap isi rumah yang tergolong dalam kemiskinan tegar di kawasan Parlimen Merbok merangkumi Mukim Semeling, Bujang, Merbok, Teloi Kiri, Sungai Petani dan Sidam Kiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur dominan yang mempengaruhi sikap penduduk di bawah kemiskinan tegar. Daripada 685 orang miskin, hanya 64 responden sahaja dikenal pasti sebagai miskin tegar. Instrumen kajian pula adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden terbabit. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0.1. Kajian ini turut mengkategorikan sikap penduduk kepada empat aspek iaitu aspek pendidikan, aspek birokrasi, aspek budaya/ amalan hidup dan aspek sosio-psikologi. Hasil Analisis Faktor menunjukkan bahawa daripada empat (4) aspek sikap yang dikaji, hanya dua aspek sikap sahaja yang signifikan iaitu sikap dari aspek budaya/ amalan hidup dan sikap dari aspek sosio - psikologi. Hasil Analisis Berganda pula mendapati bahawa sikap bagi aspek amalan hidup/ budaya dipengaruhi secara positif oleh pertukaran parti politik akan mengubah kehidupan, bantuan ketika pilihanraya adalah alat pancing undi, tambah kemahiran boleh tingkatkan ekonomi, kehidupan ini ditentukan oleh nasib, dan pihak kerajaan banyak menyediakan bantuan kepada golongan termiskin. Seterusnya, dari aspek sosio-psikologi, hasil kajian Analisis Regresi Berganda mendapati bahawa terdapat tujuh komponen yang mempengaruhi iaitu saya akan to long kenduri jiran/ saudara mara walaupun perlu bercuti keija, negara ini mudah untuk mencari rezeki, saya menggunakan bantuan baja yang diberi oleh pihak kerajaan, saya suka berbual di gerai makan, saya akan meneruskan usaha walaupun tidak disokong oleh rakan-rakan, ketua keluarga adalah bertanggungjawab untuk mencari rezeki, jika bergiat dalam parti politik dan saya boleh menjadi kaya.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj Hussin, PM Dr. Zaliha
UNSPECIFIED
Wan Salleh, Wan Zulkipli
wanzulkipli@yahoo.com
Jaafar, Elias
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Social and evolutionary theories of the state
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Legal aid. Legal assistance to the poor
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Kemiskinan Tegar; Parlimen Merbok; birokrasi; Budaya; sosio – psikologi; Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
Date: February 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28224
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ZALIHA HJ HUSSIN RMI K 05_5.pdf] Text
LP_ZALIHA HJ HUSSIN RMI K 05_5.pdf

Download (116kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

28224

Indexing

Statistic

Statistic details