Abstract
Kami siswa-siswi tahun akhir Diploma Pentadbiran Awam dari Kajian Pentadbiran dan Undang-undang memilih tajuk ini untuk mengenai masyarakat Orang Asli dengan lebih dekat. Sekaligus kami juga ingin mendedah tentang kehidupan dan masalah-masalah yang mereka hadapi kepada masyarakat umum di Malaysia. Selain daripada itu. peranan yang dimainkan oleh JHEOA juga akan turut dikaji khususnya peranan JHEOA Selangor. Bidang kajian kami ini akan ditumpukan kepada kawasan perkampungan Orang Asli yang bertempat di Kampung Sungai Chandong. Kaedah yang kami gunakan dalam kajian kami adalah meHputi kaedah data primer dan data sekunder. Hasil dari metodologi yang kami gunakan dan juga kajian yang telah dijalankan, dap[atlah kami membuat beberapa rumusan serta kesimpuIan. Kami dapati bahawa masyarakat Orang Asli khususnya di Pulau Lumut adalah masih lagi berada di takuk lama walaupun negara kita sudah lama mencapai kemerdekaan. Nasib Orang Asli sebagai peribumi yang tidak terbela di negara sendiri haruslah diubah. Selain daripada sikap masyarakat umum yang tidak mengambil berat tentang Orang asli juga haruslah diubah. Ini adalah untuk menyahut seruan yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri kita bagi mewujudkan masyarakat penyayang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Fuaddin, Raja Fahrulnizam UNSPECIFIED Mohamed, Safarrudin UNSPECIFIED Syed Othman, Sharifah Rohaizam UNSPECIFIED Mohamed Yatim, Zarinah UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Law |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Kehidupan, masalah, Orang Asli, Pulau Lumut, Malaysia |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28079 |
Download
28079.pdf
Download (1MB)