Abstract
Kiosk merupakan satu kemudahan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan cepat dan tepat. Pembangunan kiosk mempunyai pelbagai tujuan seperti memberi kemudahan IT kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali IT dengan lebih dekat serta menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan supaya masyarakat Malaysia didedahkan kepada IT. Kajian telah dilakukan di tiga (3) cawangan Universiti Teknologi MARA iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Sejumlah 620 responden telah dijalankan ujikaji bagi melihat corak keperluan tahap maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kiosk. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan setiap responden mempunyai pelbagai tahap keperluan maklumat yang berlainan. Antara tiga puluh (32) ciri maklumat yang diktiji, maklumbalas responden menunjukkan maklumat mengenai peperiksaan merupakan maklumat terpenting yang diperlukan, diikuti oleh maklumat nota-nota kuliah lepas, maklumat mengenai kalendar akademik UiTM, maklumat jadual waktu kuliah, maklumat keputusan rayuan dan akhir sekali maklumat majlis keperluan pelajar.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammed Ghazali, Asmadi UNSPECIFIED Hassan, Rosli UNSPECIFIED Abdul Rahman, Abd Latif UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Programming. Rule-based programming. Backtrack programming Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > System design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | Maklumat; Kiosk; Kemudahan IT |
Date: | March 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/27469 |
Download
LP_ASMADI MOHAMMED GHAZALI IM K 04_5.pdf
Download (110kB)