Abstract
Kajian yang kami buat dalam menyiapkan kertas projek ini adalah berkisar mengenai dengan masalah yang dihadapi oleh para penduduk di sekitar daerah Beaufort tatkala berlaku banjir. Walaupun begitu tumpuan kajian
ini lebih banyak berkisar dikalangan para peniaga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar utama Pekan Beaufort. Dalam hal ini pengkaji cuba menyelami apakah kesan yang terjadi kepada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama dari segi harga, kualiti, kuantiti dan kebersihan terhadap
barangan tersebut apabila banjir melanda Pekan Beaufort. Bagi mendapatkan maklumat-maklumat dalam menjayakan kajian ini pengkaji lebih banyak menggunakan data-data prima yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan Pertanian serta pemerhatian clan temubual dengan sejumlah para peniaga/penduduk di sekitar Pekan Beaufort. Selain daripada membuat: sedikit kajian perpustakaan, secara amnya kajian ini adalah lebih baayak berasaskan kepada pengalaman yang dialami setiap
kali berlaku banjir. Walaupun diketahui umum bahawa banjir adalah merupakan bencana alam yang tidak boleh ditolak tetapi tidak seharusnya ada para peniaga dan penjaja yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan seperti itu. Perbuatan untuk meraih untung yang banyak dalam keadaan seperti itu harus dibanteras agar para pembeli tidak tertekan. Pihak berkuasa tempatan yang terlibat denghan kerenah para peniaga ini harus mengambil sikap ang tegas serta mengambil ikhtibar dalam mencari jalan untuk menangani masalah ini. Kesimpulannya adalah diharapkan dengan adanya kajian ini sekurang-kurangnya akan memberi kesedaran kepada semua pihak untuk mengambil langkah berhati-hati dalam menghadapi suasana musim banjir seterusnya dapat memupuk sikap berjimat cermat lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kita dewasa ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Janjam, Ali Ahmat 93086559 Ibrahim, Harun 93085307 Wahab, Abdul Samat 93085513 |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Kertas Projek (PAD 340) |
Keywords: | Flood problem; Flood impact; Pekan Beaufort; Market price |
Date: | March 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26912 |
Download
PP_ALI AHMAT MOHD JANJAM AM S 98_5.pdf
Download (2MB)