Pembangunan spiritual dalam agihan dana zakat Asnaf fakir dan miskin / Emie Sylviana Mohd Zahid

Mohd Zahid, Emie Sylviana (2018) Pembangunan spiritual dalam agihan dana zakat Asnaf fakir dan miskin / Emie Sylviana Mohd Zahid. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Pembangunan spiritual merupakan pembangunan paling asas yang perlu dibangunkan sebelum pembangunan fizikal. Antara ciri-ciri spiritual adalah mencintai kebenaran dan menolak kebatilan. Kejayaan dan kecemerlangan hidup seseorang adalah berteraskan aspek spiritual. la mampu memberi impak positif bagi menghasilkan umat Islam yang baik, mentaati Allah SWT dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Dalam meningkatkan pembangunan asnaf di Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji JAWHAR sebagai institusi penyelarasan kegiatan zakat telah menetapkan beberapa objektif dengan mengambil kira soal keperluan material dan spiritual asnaf. Walaubagaimanapun, terdapat jurang di antara amalan semasa pelaksanaan sistem zakat di Malaysia di mana kebanyakan bantuan yang diberikan lebih kepada memenuhi keperluan material berbanding spiritual. Kajian ini menfokuskan aspek pembangunan spiritual berbanding material serta masalah cabaran nilai dan sikap dalam kalangan asnaf. Matlamat kajian adalah untuk membincangkan pengertian pembangunan spiritual menurut syarak serta mengenal pasti dan menganalisis pembangunan spiritual dalam agihan dana zakat. Hasil kajian mendapati pembangunan spiritual adalah proses penyucian jiwa atau dalaman seseorang dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah dengan melibatkan elemen al-qalb, al-nafs, al-caql dan al-ruh serta pendekatan rabbaniyyah, tazkiyyah al-nafs, cilm dan camal. Kajian ini memilih Lembaga Zakat Selangor sebagai subjek kajian. Kajian kualitatif menggunakan metode temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen sebagai metode pengumpulan data. Manakala metode analisis data menggunakan metode induktif, metode deduktif dan metode analisis kandungan. Kajian mendapati LZS telah mewujudkan program Tahsinul Ibadah (PTI) di bawah Program Pembangunan Insan. Namun, elemen dan pendekatan pembangunan spiritual dilakukan secara tidak seragam kerana sukatan modul yang disediakan masih perlu diberi penambahbaikan. PTI perlu digubal dengan mengambil kira elemen dan pendekatan pembangunan spiritual dalam penyediaan sukatan modul. Penambahbaikan kepada modul secara bersepadu berteraskan pembangunan spiritual akan menjadi satu modul khusus untuk rujukan setiap institusi zakat di Malaysia serta menyumbang kepada pembangunan diri asnaf fakir dan miskin agar menjadi insan yang gemilang di dunia dan akhirat.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zahid, Emie Sylviana
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
H Social Sciences > HJ Public Finance > Expenditures, Public
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doctor of Philosophy
Keywords: Zakat, Asnaf, Fakir, Miskin
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26876
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26876.pdf] Text
26876.pdf

Download (5MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26876

Indexing

Statistic

Statistic details