Abstract
Sistem maklumat kesihatan yang inovatif boleh menyokong kawalan jangkitan penyakit batuk kering atau tuberkulosis (TB). Sungguhpun sistem sedia ada, MyTB telah banyak membantu dalam mengurus dan membuat keputusan maklumat penyakit berjangkit di Malaysia, namunfungsi sistem ini masih boleh ditingkatkan dengan membangunkan Sistem Maklumat Penyakit Tuberkulosis Berasaskan Geospatial (GeoTBiS). GeoTBis adalah sistem sokongan keputusan yang telah dibangunkan secara geospatial di Shah Alam, Selangor. Data geospatial ini mempunyai ciri-ciri yang unik seperti mempunyai maklumat spatio-temporal yang boleh digunakan untuk memahami elemen asas penyakit TB melalui tempat, masa dan manusia, manakala fungsi geospatial ini berguna untuk mengumpul, mengurus, menganalisis dan menyebarkan maklumat penyakit dalam persekitaran sistem maklumat geografi (GIS). Pemetaan penyakit dan analisis faktor risiko dihasilkan dengan bantuan sistem kedudukan sejagat (GPS), imej satelit, pemodelan spatial dan pemetaan secara web. GeoTBis telah menunjukkan kemampuannya untuk meningkatkan elemen dan fungsi sistem MyTB. Beberapa cadanganjuga telah diambilkira untuk mempertingkatkan aplikasi GeoTBiS ke tahap yang lebih bersepadu dan meluas.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rasam, Abdul Rauf UNSPECIFIED Mohd Sharif, Noresah UNSPECIFIED F. Dony, Jiloris UNSPECIFIED Sulaiman, Saiful Aman UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Environmental health. Including sewage disposal, air pollution, nuisances, water supply R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
ISSN: | 2600-7606 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 76-88 |
Keywords: | Geospatial, Sistem maklumat geografi, Batuk kering (TB), GeoTBiS, MyTB |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26747 |
Download
AJ_ABDUL RAUF ABDUL RASAM JURIM 18.pdf
Download (3MB)