Persepsi ibu bapa terhadap Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR): kajian kes di negeri Kedah / Zulkafli Mohd Yusof …[et al.]

Mohd Yusof, Zulkafli and Zainal, Noor Saliza and Ismail, Haji Kamis and Awang@Mohd Ramli, Abdul Basir (2005) Persepsi ibu bapa terhadap Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR): kajian kes di negeri Kedah / Zulkafli Mohd Yusof …[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian persepsi ibu bapa terhadap SMAR amat relevan dan penting pada masa kini. Hal ini disebabkan oleh wujudnya pelbagai tanggapan mengenai institusi tersebut. Justeru itu kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap SMAR di negeri Kedah, kriteria pemilihan SMAR sebagai tempat pembelajaran serta alasan mereka memilih SMAR dan pada masa yang sama menghantar anak-anak lain ke sekolah-sekolah lain. Kajian empirik melibatkan 300 ibu bapa di lima buah SMAR terpilih telah dijalankan. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0 berdasarkan kaedah Analisis Faktor, Kebolehpercayaan, Korelasi, Ujian- t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan persepsi ibu bapa terhadap SMAR bergantung kepada faktor sekolah iaitu keupayaan guru, pendidikan, pentadbiran, persekitaran, kemudahan dan lokasi sekolah. Seterusnya pemilihan SMAR dipengaruhi oleh faktor ibu bapa iaitu nasihat ibu bapa, semangat politik kepartian, keinginan menyumbang kepada sekolah, pengalaman sebagai bekas pelajar SMAR dan hubungan kekeluargaan yang sedia wujud dengan pihak sekolah. Akhir sekali kajian mendapati pemilihan SMAR dan lain-lain sekolah oleh ibu bapa ditentukan oleh faktor kemudahan pembelajaran dan keyakinan terhadap sesebuah sekolah. Kajian lanjut mengenai persepsi terhadap SMAR hendaklah lebih komprehensif, melibatkan persampelan dan skop yang lebih besar. Begitu juga kajian perbandingan antara SMAR dengan SMAN dan SMKA perlu dibuat untuk meluaskan generalisasi hasil kajian. Kajian khusus juga perlu dijalankan untuk mengenai pasti persepsi para pelajar, guru, pentadbir sekolah, lepasan SMAR serta masyarakat tempatan terhadap institusi ini dan hala tujunya di masa depan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yusof, Zulkafli
UNSPECIFIED
Zainal, Noor Saliza
UNSPECIFIED
Ismail, Haji Kamis
UNSPECIFIED
Awang@Mohd Ramli, Abdul Basir
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Moral and religious education
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Sekolah Menengah Agama Rakyat; Tempat Pembelajaran; Persepsi ibu bapa; Pendidikan
Date: March 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26746
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ZULKAFLI MOHD YUSOF RMI K 05_5.pdf] Text
LP_ZULKAFLI MOHD YUSOF RMI K 05_5.pdf

Download (142kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

26746

Indexing

|

Statistic

Statistic details