Abstract
Spiritual merupakan pembangunan paling asas yang perlu dibangunkan sebelum pembangunan fizikal. Kejayaan dan kecemerlangan hidup manusia adalah berpunca dari aspek spiritual. Namun, tiada satu definisi pembangunan spiritual yang tepat dan sempurna dikaji. Malah ia didefinisikan dengan pelbagai cara dan bentuk. Matlamat kajian adalah untuk membincangkan konsep dan pendekatan pembangunan spiritual dari perspektif Islam. Ia penting diperbahaskan kerana ia merupakan faktor asas dalam pembangunan dan ketamadunan manusia. Data yang diperolehi dari hasil kajian perpustakaan dengan meninjau penulisan serta karya buku yang berkaitan dengan pembangunan spiritual. Dapatan kajian menunjukan pembangunan spiritual adalah proses penyucian jiwa atau dalaman seseorang dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah dengan melibatkan empat elemen spiritual iaitu al-qalb, al-nafs, al-ᶜaql dan al-rūḥ melalui pendekatan yang disimpulkan hasil daripada pandangan ilmuan Islam iaitu Rabbāniyyah, tazkiyyah al-nafs, ᶜilmu dan 'amal. Ia lebih sinonim dengan amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zahid, Emie Sylviana UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | e-ISSN:2006-9617 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 64-87 |
Keywords: | Pembangunan; Spiritual; Perspektif Islam |
Date: | October 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26714 |
Download
AJ_EMIE SYLVIANA MOHD ZAHID ACIS M 19.pdf
Download (657kB)