Abstract
Mushaf pada Al-Quran Malaysia sangat unggul dengan menampilkan seni iluminasi yang berlandaskan ciri-ciri Seni Islam namun ianya bukan sekadar hiasan yang indah semata-mata tetapi sebagai rekaan iluminasi yang mempunyai maknanya yang tersendiri, bercirikan adat budaya tempatan serta mengetengahkan identiti tempatan. Hiasan yang digunakan dalam Al-Quran Mushaf Malaysia sebenarnya boleh dikembangkan dalam pelbagai bentuk. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji penggunaan unsur motif dan corak yang dijadikan sebagai rujukan rekaan pada ilumininasi Al-Quran Mushaf Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mencadangkan corak dan motif pada iluminasi Al-Quran Mushaf Malaysia yang berpotensi untuk dimajukan di dalam pelbagai bidang seperti senibina, seni hiasan dan senireka grafik. Illuminasi Al-Quran Mushaf Malaysia bukan sahaja gah di dalam bidang penerbitan malahan ianya berpotensi besar untuk dimajukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menjadikan pemerhatian sebagai kaedah mendapatkan informasi, pengumpulan kajian visual, eksperimen rekaan dan temubual. Motif digunakan sebagai ragam hias seni iluminasi boleh digunakan dan berpotensi untuk diaplikasikan sebagai hiasan pada senibina Islam seperti pada bangunan. Selain itu ianya berpotensi juga sebagai seni hiasan dalaman mahupun lanskap yang mana berperanan di dalam mengindahkan sesuatu tempat mahupun kawasan. Illuminasi Al-Quran Mushaf Malaysia juga boleh dikembangkan di dalam bidang senireka grafik seperti ianya boleh dizahirkan pada papan tanda tunjuk arah di kawasan awam mahupun di dalam bangunan-bangunan kerajaan. Di dalam bidang senireka grafik, corak atau motif illuminasai Al-Quran Mushaf Malaysia juga boleh diinspirasikan sebagai rekaan unik pada bidang pembungkusan produk. Kesimpulannya, penerapan seni mushaf yang dilihat berpontesi besar untuk dimajukan akan dapat membentuk satu identiti yang unik dan mencerminkan budaya Melayu Islam dan seterusnya ianya dapat memartabat seni warisan Islam dipersada Dunia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Abdullah, Nik Narimah UNSPECIFIED Johari, Mohd Hisham UNSPECIFIED Ramli, Zahara UNSPECIFIED Harun, Muhamad Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran N Fine Arts > NK Decorative arts N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | e-ISSN:2006-9617 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 16-30 |
Keywords: | Mushaf; Iluminasi; Motif; Budaya tempatan |
Date: | April 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26710 |
Download
AJ_NIK NARIMAH NIK ABDULLAH ACIS M 19.pdf
Download (1MB)