Abstract
Pada masa sekarang ini, komputer adalah merupakan sesuatu keperluan harian dan perlu bagi kehidupan manusia. Pelbagai perkara menjadi lebih mudah dengan menggunakan komputer. Kerja-kerja yang sebelum ini banyak dikendalikan secara manual, telah beralih kepada penggunaan komputer. Sehubungan dengan itulah maka kami memilih tajuk Program Pemprosesan Data (Data Processing Programe )sebagai projek akhir dan dengan menggunakan Visual Basic(version 6) sebagai bahasa pengaturcaraan. Inilah pertama kali kami menggunakan Visual Basic. Jadi untuk menjayakan projek ini, kami mempelajari sendiri pengaturcaraan Visual Basic dan kami dapati ianya merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang cukup menarik dan amat berguna dalam bidang kejuruteraan. Banyak sekali masalah yang bersangkut paut dengan kejuruteraan dapat diselesaikan dengan menggunakan Visual Basic. Dalam projek ini, bahasa pengaturcaraan Visual Basic digunakan untuk memproses data yang melibatkari ujian di makmal terhadap model ujikaji yang digunakan. Apabila ujikaji dijalankan di makmal dan mendapatkan data-data yang tertentu, data-data ini akan diproses secara berkomputer dengan menggunakan pengaturcaraan Visual Basic. Nilai-nilai yang diperlukan seperti kadar alir jisim minyak, udara dan juga nisbahnya akan diperolehi apabila data-data tadi dimasukkan dan diproses oleh aturcara. Ini akan dapat dilihat pada coding aturcara dan juga contoh output yang disertakan dalam laporan ini. Maka selain daripada dapat mempelajari sesuatu yang baru atau dapat mempelbagaikan pengetahuan, kami juga dapat menyiapkan projek akhir ini dengan baik. Pada masa akan datang, program yang telah kami bina ini boleh di majukan lagi dengan penggunaan program Visual Basic dengan versi yang lebih tinggi lagi. Cara pengurusan data dengan menggunakan pengkalan data (database) boleh membuatkan sistem pengaturcaraan lebih effisyen dan canggih.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Rahman, Zulkarnain UNSPECIFIED Mohamed, Azmi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial engineering. Management engineering T Technology > T Technology (General) > Industrial engineering. Management engineering > Automation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Keywords: | Program, Pemprosesan, Data, Visual Basic |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26684 |
Download
PPd_ZULKARNAIN ABD RAHMAN EM 99_5.pdf
Download (86kB)