Abstract
Projek ini merupakan satu imbasan semula (review) ke atas sistem penyejukan jenis penyerapan di mana sistem ini telah berkembang dan meluas penggunaannya di sekitar tahun 1920-an sehingga 1940-an. Kini sistem ini masih lagi digunakan tetapi tidak begitu meluas dan menonjol kerana sistem mampatan-wap lebih diutamakan. Di dalam projek ini, kami cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat- maklumat dan data-data mengenai sistem berkenaan terutama dari aspek prinsip-prinsip operasi serta kelakuan system secara amnya. Bagaimana, untuk tujuan projek ini penggunaan sistem berkenaan di sektor domestik lebih ditekankan. Secara teorinya, analisa kami adalah berdasarkan kepada maklumat -maklumat diperolehi dari mereka-mereka yang berkenaan di bidang penyejukan dan penghawa dingin. Sebaliknya, untuk analisa praktik, satu unit peti-sejuk jenis penyerapan berterusan (continous absorption domestic refrigerator) akan digunakan untuk membandingkan komponen-komponen yang terdapat. Di samping itu, kuasa yang digunakan serta nilai-nilai suhu pada bahagian-bahagian tertentu akan dicatitkan.
Metadata
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Zamzuri UNSPECIFIED Abang Daud, Kamalluddin UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Atan, Abdul Rahim UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine construction (General) T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Renewable energy sources |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
| Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
| Keywords: | Sistem penyejukan, mampatan-wap, peti sejuk |
| Date: | 1990 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26682 |
Download
PPd_ZAMZURI OTHMAN EM 90_5.pdf
Download (331kB)
Digital Copy
Physical Copy
- Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
On Shelf
ID Number
26682
Indexing
