Abstract
C.T.D. bolehlah digambarkan sebagai kecederaan pada bahagian sambungan tisu dan persekitarannya akibat dikenakan beban kerja yang berlebihan. Harus diingat disini bahawa C.T.D. tidak boleh dikaitkan dengan kecederaan yang berlaku secara mengejut ataupun serta - merta, umpamanya seperti kecederaan yang disebabkan oleh terjatuh, terkehel dan sebagainya. la sebenamya merupakan sejenis kecederaan yang memakan masa yang panjang untuk berlaku akibat dikenakan beban secara berlebihan terutamanya yang melibatkan kerja - kerja yang berat. Pekerja di sektor industri berat adalah golongan yang lebih terdedah terhadap C.T.D. sebenamya. Begitu juga dengan ahli - ahli sukan. Tapi jangan kita menjangka dengan melakukan kerja - kerja yang ringan, kita akan terlepas daripada mengalami C.T.D. Semua orang adalah berpotensi untuk mengalami C.T.D. walaupun kerja yang dilakukannya hanyalah menaip. Pasti ramai yang akan terkejut sekiranya diberitahu hal ini. Menaip biasanya dianggap sebagai amalan yang langsung tdak mengundang bahaya dan kesan yang memudaratkan kepada penaip.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mokhtar, Sazrin UNSPECIFIED Nik Alui, Nik Azlin UNSPECIFIED Bahari, Shahril Anuar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial directories > Industrial safety. Industrial accident prevention T Technology > T Technology (General) > Industrial engineering. Management engineering |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Keywords: | Cumulative Trauma Disorder, Kecederaan, Kerja, Industri |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26613 |
Download
PPd_SAZRIN MOHD MOKHTAR EM 99_5.pdf
Download (139kB)