Cadangan menaik taraf Butik Radioactive S06-S07, Tingkat 2, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Sufian Mat

Mat, Sufian (2006) Cadangan menaik taraf Butik Radioactive S06-S07, Tingkat 2, Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Sufian Mat. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk dan menaik taraf ruang dalaman Butik Radioactive. Pemilihan pengubahsuaian ini adalah berdasarkan kedudukannya yang strategik tetapi kurang tarikan dari segi rekabentuk dalaman dan rekabentuk fasad yang tidak menonjolkan imej korporat. Selain itu, keperluan dan perancangan ruang di dalam kedai ini tidak sistematik iaitu penyediaan ruang laluan pelanggan yang sempit. Penggunaan rekabentuk pameran dan jenis kemasan yang digunakan adalah lama dan tidak menarik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menjalankan projek ini iaitu melalui kajian kes, kajian tapak, dan kajian bangunan. Kajian ini akan merangkumi kriteriakriteria yang diperlukan untuk merekabentuk sebuah “retail shop” yang dapat menonjolkan imej korporatnya bersesuaian dengan tahap pencapaian dan jangka masa penubuhannya. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkenaan dengan projek, mengenalpasti masalah yang ada, serta membuat perbandingan diantara kajian-kajian lain yang telah dibuat. Objektif projek utama ini adalah untuk meluaskan kapasiti pengedaran, penjualan dan mewujudkan satu persaingan yang positif, mewujudkan rekabentuk ruang yang teratur dan selamat serta dapat memberi keselesaan kepada pengunjung. Projek ini berkonsepkan ‘Style is The Message’ yang mana setiap ruang di dalam “retail shop” ini akan dibahagikan mengikut urutan dan jenis barangan dengan menerapkan imej yang berbeza-beza mengikut ruang. Secara keseluruhannya, projek menaik taraf ini merupakan salah satu cara untuk mewujudkan imej “retail shop” yang lebih kukuh dan dapat menarik lebih pelanggan dengan penyediaan ruang yang baik dan selesa.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat, Sufian
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26590
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SUFIAN MAT AP 06_5.pdf] Text
PPd_SUFIAN MAT AP 06_5.pdf

Download (873kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

26590

Indexing

|

Statistic

Statistic details