Kota Johor Lama sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan di Kota Tinggi Johor / Saidah Haziqah Salim

Salim, Saidah Haziqah (2013) Kota Johor Lama sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan di Kota Tinggi Johor / Saidah Haziqah Salim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pelancongan adalah aspek yang diminati di Malaysia. Bidang ini mempunyai permintaan yang ramai daripada banyak pihak termasuklah pelancong dari dalam dan luar negara. Pelancongan ini mampu mendatangkan pelbagai faedah dan kebaikan kepada semua pihak melalui pelbagai cara. Industri pelancongan ini merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Pembangunan pelancongan warisan di sesebuah kawasan memberi impak yang positif terhadap kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, pengenalpastian potensi pelancongan di sesebuah kawasan dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pembangunan menerusi industri pelancongan di kawasan tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui isu dan masalah berkaitan dengan tarikan dan kemudahan yang terdapat di Kota Johor Lama memandangkan kawasan ini merupakan pelancongan sejarah yang menjadi pusat pusat pemenrintahan Johor pada waktu dahulu. Kajian ini dijalankan bagi menjadikan pusat pelancongan Kota Johor Lama ini menjadi sebuah kawasan pelancongan sejarah yang terkenal di Negeri Johor. Aspek kajian yang ditekankan lebih kepada sudut fizikai iaitu tarikan sejarah di Tapak, kemudahan utiliti, serta kemudahan aksesibiliti yang disediakan untuk ke kawasan kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kajian. Kaedah yang digunakan ini adalah seperti kaedah pengamatan melalui pemerhatian dan soal selidik. Kaedah-kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pelancong seterusnya membantu kepada pembentukan analisis dan penemuan kajian. Analisis dijalankan terhadap maklumat yang diperolehi bagi mendapatkan gambaran sebenar berkenaan dengan masalah yang terdapat di pusat pelancongan ini. Penemuan kajian yang didapati merupakan isu dan masalah sebenar serta potensi yang boleh digunakan dalam peringkat yang terakhir iaitu peringkat pembentukan cadangan. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti melalui penemuan kajian. Cadangan yang dikemukakan merupakan cadangan berbentuk penyelenggaraan, penambahbaikan dan pengkomersilan Kota Johor Lama diperingkat yang lebih tinggi bagi menarik pelancong untuk datang ke kawasan ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salim, Saidah Haziqah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Teriman, Suharto
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Destinasi pelancongan warisan, Kota Johor Lama, Kota Tinggi Johor, Malaysia
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26518
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26518.pdf] Text
26518.pdf

Download (87kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26518

Indexing

Statistic

Statistic details