Abstract
Kehidupan seharian di dalam zaman kemajuan ini banyak memerlukan tenaga. Oleh kerana dunia semakin mengalami pertambahan penduduk maka permintaan terhadap keperluan tenaga semakin meningkat. Oleh itu untuk memenuhi keperluan ini berbagai-bagai sumber tenaga telah dicipta dan dikenal pasti. Kebanyakan sumber tenaga diperolehi dari kuasa hidro, tenaga nuklear, gas asli, petroleum dan arang batu sementara di kawasan-kawasan pendalaman bahan-bahan seperti kayu dan tahi lembu digunakan. Bagaimanapun penggunaan bahan-bahan utama tadi sebenarnya menghadapi banyak masalah. Selain dari masalah pencemaran, penggunaan bahan-bahan ini suatu masa nanti akan habis. Oleh itu adalah sangat penting pencarian terhadap sumber-sumber tenaga baru dilakukan. Terdapat empat bentuk sumber tenaga yang diperolehi dari alam sekitar yang mungkin boleh digunakan iaitu tenaga dari matahari, angin, ombak dan bumi(geothermal energy)iaitu fosil. Namun demikian, tenaga dari ombak, angin dan bumi mempunyai kadar perubahan yang terlalu tinggi. Oleh itu untuk kawasan yang mendapat cahaya matahari hampir sepanjang tahun, maka sumber tenaga ini mempunyai masa depan yang cerah.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Nor Hisham 86388267 Omar, Mahamad Zamri 86388951 |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Production of electricity by direct energy conversion T Technology > TP Chemical technology > Heating, drying, cooling, evaporating |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Merekabentuk, alat pengering koko, pekebun |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26484 |
Download
PPd_NOR HISHAM HASHIM EM 91_5.pdf
Download (320kB)