Cadangan merekabentuk Pusat Seni Kreatif Kanak-Kanak Art Attack di Taman The Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Noradila Anura

Anura, Noradila (2006) Cadangan merekabentuk Pusat Seni Kreatif Kanak-Kanak Art Attack di Taman The Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Noradila Anura. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pembentukan sebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, apa yang dikaji serta penelitian tajam bagi menghasilkan suatu rekabentuk yang berjaya. la haruslah dilihat dari pelbagai aspek samada aspek luaran ataupun dalaman. Penggunaan elemen-elemen yang sesuai amat penting dalam penghasilan sesuatu projek bagi mendapatkan ketepatan konsep yang ingin ditonjolkan. Ini adalah kerana dengan menggunakan cara ini, sesebuah rekabentuk itu dapat dihasilkan dengan kesempurnaan yang optima. Pusat seni kreatif kanak-kanak ini ditubuhkan sebagai salah satu badan yang menyokong serta merupakan satu usaha mempelbagaikan cabang pendidikan di Malaysia setaraf pendidikan kanak-kanak dinegara luar . Oleh itu, rekabentuknya haruslah menyentuh pada praktikaliti, nilai-nilai estatik dan bersifat universal. Dengan adanya Pusat seni kreatif kanak-kanak ini bukan sahaja dapat menarik minat peminat seni kreatif dari semua peringkat umur dan bangsa, malah ianya juga boleh menjadi salah satu aktiviti riadah dan aktiviti social yang sihat untuk kanak-kanak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 26386.pdf]
Text
26386.pdf
Download (351kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics