Abstract
Projek ini adalah merupakan projek mengubahsuai dan merekabentuk ruang dalaman “The Fitness Junction” yang terletak di No 2 Jalan Kelab Golf, 30350 Ipoh , Perak Darul Ridzuan . Tujuan projek ini dijalankan ini adalah untuk memberi ruang yang baru untuk menerik lebih ramai pelanggan.Disamping itu juga ruang dalaman yang baru juga akan dapat memberi satu tanggapan dan kesedaran kepada masyarakat bahawa pusat senaman adalah tempat yang seharusnya dikunjungi bukan sahaja untuk menjaga tubuh badan tapi juga untuk menjaga kesihatan mereka. Dalam kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan. Antara kajian yang perlu dilakukan adalah seperti membuat kaji selidik dan mengumpul data-data mengenai keperluan projek tersebut. Kajian ini nanti dapat digunakan dan membantu kita semasa proses membuat rekabentuk. Selain daripada itu terdapat beberapa masalah yang ditemui semasa membuat kajian tersebut antaranya ialah keadaan bangunan yang terlalu uzur , ruang yang sempit sehingga menggaggu laluan ,dan beberapa ruang lain yang kelihatan tidak sistematik dan memberikan pandangan yang tidak elok kepada pelanggan. “The Fitness Junction” ini terletak dikawasan yang stategik dan berdekatan dengan tempat-tempat awam. Dengan ada projek seperti ini diharap masyarakat dapat membuka mata dan minda mereka tetang betapa pentingnya sumbangan “The Fitness Junction” ini kepada masyarakat terutamanya di Ipoh , Perak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Kamari, Nor Adila 2003126182 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Wan Hassan, Wan Hafizayati UNSPECIFIED Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED Advisor Rani, Rusni UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk dalaman, The Fitness Junction, Jalan Kelab Golf, Ipoh, Perak |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26195 |
Download
26195.pdf
Download (82kB)