Abstract
Tujuan thesis ini di buat adalah untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman,Tajuk projek yang di cadangkan ialah Merekabentuk Ruang Dalaman “Restoran Bertema Lubnan” di atas sebahagian Lot no. H.S (D) 3605 No P.T 9495 (Blok A) Pusat Pentadbiran Kerajaan, Persekutuan Putrajaya.Sebelum menjalankan thesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui melalui peringkat - peringkat tertentu. Pelbagai faktor penting perlu diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman termasuk keseluruhan ruang sekitar tapak.Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman serta persekitaran tapak.Langkah - langkah ini amat penting kerana ia adalah bertujuan bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi di tapak cadangan.Selain itu kajian terhadap klien juga perlu diambil kira kerana ia sedikit sebanyak membantu di dalam proses merekabentuk.Dengan kajian serta pengumpulan data yang telah dijalankan secara tidak langsung dapat membantu di dalam proses merekabentuk di mana ia akan mendapatkan satu rekabentuk yang selesa, menarik serta memenuhi segala aspek samaada dari segi imej mahupun gaya yang tersendiri.Sehubungan dengan itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang baru.Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dibuat mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna atau klien.Rekabentuk serta imej yang akan di tonjolkan amat penting agar ianya bersesuaian dan memberi keselesaan kepada pengguna.Oleh sebab itu faktor psikologi perlu diambil kira agar elemen - elemen yang diterapkan dapat memberi rasa semangat serta keseronokkan bagi pengunjung yang akan datang ke restoran ini nanti.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosly, Nashrah 2003182535 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdul Manap, Abdul Halim UNSPECIFIED Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED Advisor Abdul Ghani @ Abdul Rani, Rusni UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk dalaman, restoran Lubnan, Putrajaya |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26049 |
Download
26049.pdf
Download (1MB)