Laporan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Melaka di Bangunan Bastion House, Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka / Mohd Hairul Taib

Taib, Mohd Hairul (2004) Laporan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Melaka di Bangunan Bastion House, Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka / Mohd Hairul Taib. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir saya ini merupakan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Melaka di Bastion House, Jalan Kota, 75000 Melaka.Tujuan projek ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan tarikan pelancongan secara menyeluruh di negeri Melaka. Tujuan utama pengkajian ini adalah untuk memberi pendekatan baru kepada sesebuah pusat penerangan pelancongan di Melaka berbanding pusat penerangan sedia ada. Dengan adanya pendekatan baru ini, ia dapat membuka mata pelancong asing yang datang ke negeri Melaka. Kaedah pengkajian yang dijalankan terhadap projek ini berdasarkan pemerhatian terhadap pusat penerangan pelancongan di negeri lain dan ini dapat menyelesaikan masalah merekabentuk dalaman pusat penerangan ini dan dapat melakukan sebarang pembaharuan bagi kemudahan dan keselesaan para pengguna. Perkembangan semasa Melaka menyaksikan kecenderungan perekabentuk-perekabentuk mengambil bentukbentuk objek tertentu ( terutamanya objek tradisional ) untuk dijadikan metafora rekabentuknya. Jika diteliti dengan jelas bahawa metafora yang digunakan itu selalunya cetek dan tiada asas sama sekali serta lari dari konsep ruang dan masa. Sebagai sebuah tempat informasi yang berorientasikan kesenian adalah wajar bagi pusat penerangan ini bebas dari kongkongan pemikiran yang demikian. Justeru itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk pusat penerangan pelancongan ini. Diharap rekabentuk ini memberi manfaat pada semua sama ada pelancong mahupun negara

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Taib, Mohd Hairul
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Merekabentuk dalaman; Pusat Penerangan Pelancongan Melaka; Bandar Hilir; Bastion House
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26023
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHD HAIRUL TAIB AP 04_5.pdf] Text
PPd_MOHD HAIRUL TAIB AP 04_5.pdf

Download (319kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

26023

Indexing

|

Statistic

Statistic details