Reading speed and eye movement pattern in artificial peripheral scotoma stimulations / Nur Fadhilah Abd Rani

Abd Rani, Nur Fadhilah (2015) Reading speed and eye movement pattern in artificial peripheral scotoma stimulations / Nur Fadhilah Abd Rani. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pendahuluan: Membaca adalah salah satu rutin harian yang akan terkesan dengan defek di bahagian periferi. Aktiviti membaca akan menjadi sukar di kalangan pesakit
yang kehilangan medan penglihatan periferi. Kajian ini mengkaji kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan stimulasi kecacatan medan penglihatan periferi pada
peringkat yang berbeza.

Alatan dan kaedah: Sepuluh orang peserta berpenglihatan normal telah mengambil bahagian dalam kajian ini (Julat umur=23). Kelajuan membaca dan pergerakan mata
telah diukur ketika membaca teks bacaan Bahasa Melayu dalam keadaan normal dan empat stimulasi dengan skotoma peripheri buatan menggunakan video okulografi tiga dimensi (3D-VOG)

Keputusan: Tiada perbezaan ketara di antara kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan skotoma periferi buatan. Purata kelajuan membaca untuk keadaan
normal, stimulasi 1, stimulasi 2, stimulasi 3, dan stimulasi 4 masing masing ialah 130.48 ± 20.47 wpm, 122.28 ± 11.17 wpm, 124.20 ± 21.37 wpm, 124.28 ± 17.72
wpm, 110.84 ± 23.06 wpm. Stimulasi ke empat iaitu skotoma buatan periferi yang terbesar menunjukkan kelajuan bacaan yang paling perlahan manakala kelajuan
yang paling laju adalah pada berkeadaan membaca yang normal. Bagi keputusan pergerakan mata, bilangan fiksasi yang paling tinggi adalah daripada keadaan
normal dan stimulasi 2 menunjukkan bilangan fiksasi yang paling rendah. Manakala,bilangan regresi yang paling tinggi daripada stimulasi 2.

Kesimpulan: Keputusan telah dapati bahawa secara statistik, stimulasi skotoma
periferi tidak menjejaskan kelajuan membaca, bilangan fiksasi dan bilangan regresi.
Walau bagaimanapun, kelajuan membaca berkurang apabila stimulasi skotoma
periferal bertambah teruk. Keputusan yang diperoleh ini kemungkinan disebabkan
oleh bilangan perserta yang sedikit.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rani, Nur Fadhilah
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RE Ophthalmology > Refraction and errors of refraction and accommodation
R Medicine > RE Ophthalmology > Optometry. Opticians. Eyeglasses
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Health Sciences
Keywords: Kelajuan membaca , stimulasi skotoma periferi buatan
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25986
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR FADHILAH ABD RANI HS 15_5.pdf] Text
PPb_NUR FADHILAH ABD RANI HS 15_5.pdf

Download (457kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25986

Indexing

Statistic

Statistic details