Abstract
Rumah adalah keperluan asas yang perlu ada bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan penempatan daripada cuaca dan ancaman yang boleh membahayakan diri. Rumah juga merupakan keperluan peringkat kedua yang mesti dicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat yang lebih tinggi dipenuhi. Di Malaysia khususnya, permintaan kepada sektor perumahan amat menggalakkan. Ekoran daripada perkembangan serta permintaan yang amat menggalakan daripada orang ramai kepada sektor perumahan telah menyebabkan pelbagai jenis skim unit perumahan telah didirikan dan dibina mengikut taraf ekonomi pembeli. Tujuannya adalah untuk membantu rakyat di negara ini agar mereka dapat memiliki rumah idaman sendiri mengikut kemampuan mereka di samping untuk mencapai objektif, matlamat serta wawasan negara yang mana pihak kerajaan mahu setiap isi rumah di negara ini memiliki kediaman sendiri. Dengan itu, untuk mencapai hasrat serta wawasan negara pihak kerajaan telah melantik beberapa syarikat pembinaan khasnya untuk membina rumah yang terdiri dari pelbagai jenis dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan ekonomi isi rumah.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Idrus, Mohd Faizal 2005362090 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Iskandar, Ellemy UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons) |
Keywords: | Kerosakan, skim kawasan, perumahan baru |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25765 |
Download
25765.pdf
Download (325kB)