Kearah peningkatan imej bandar Taiping melalui peranan pusat bandar / Hasnul Nazmi Mohammad

Hasnul Nazmi, Mohammad (1994) Kearah peningkatan imej bandar Taiping melalui peranan pusat bandar / Hasnul Nazmi Mohammad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kejelasan sesebuah bandar sering dikaitkan dengan
kecantikan susunan elemen-elemen melalui kewujudan
aktiviti manusia yang responsif. Walaubagaimanapun
pembangunan bandar-bandar di Malaysia mengabaikan
kepentingan kejelasan imej sesebuah bandar menyebabkan
ciri-ciri sesebuah bandar hampir sama. Sehubungan itu
bandar Taiping tidak kecuali berhadapan dengan masalah ini
iaitu tidak mempunyai elemen imej yang kuat untuk
menggambarkan secara keseluruhan. Jesteru itu satu
tindakan ke arah mempertingkatkan imej bandar Taiping
melalui peranan pusat bandar perlu diambil dengan melihat
intergrasi di antara karektor fizikal rupabandar, elemen
semulajadi, aktiviti manusia dan warisan sejarah untuk
menggambarkan secara menyeluruh. Sehingga kini pihak
MPT beberapa langkah-langkah telah diambil seperti
disediakan dalam Rancangan Struktur atau Rancangan
Tempatan tetapi hasil yang positif masih menimbul tanda
tanya kerana berhadapan beberapa masalah. Selain daripada
itu bagi membentuk imej bandar yang ideal memerlukan
suatu proses interaksi di anatara manusia dan persekitaran
adalah merupakan suatu aspek yang subjektif atau mengikut
interpetasi bagi setiap individu mengikut latarbelakang atau
kecenderungan. Di mana dalam mempastikan seni
rekabentuk bandar tidak tertumpu kepada nilai estetik
semata-mata tetapi melibatkan aktiviti manusia, keperluan
aspek perancangan atau perundangan serta perlaksanaannya
di atas tapak. Oleh itu pusat bandar Taiping memerlukan
pendekatan kawalan atau penyediaan komponen projek
pembangunan yang menyeluruh bagi mengatasi masalah dan
menggunakan potensi setempat. Masalah atau potensi yang
dikenalpasti ini perlu diambilkira dalam membentuk suatu
konsep serta pendekatan dalam membentuk imej bandar
Taiping secara menyeluruh. Ini memerlukan satu
garispanduan dan brief pembangunan bagi pusat bandar
secara menyeluruh yang dapat memandu pembangunan ke
arah meningkatkan imej keseluruhan bandar Taiping melalui
peranan di pusat bandar.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasnul Nazmi, Mohammad
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > City planning > Malaysia
T Technology > TH Building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rancangan struktur, Rancangan tempatan, Taiping
Date: 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/256
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PP_HASNUL NAZMI MOHAMMAD 94_5 1.pdf] Text
PP_HASNUL NAZMI MOHAMMAD 94_5 1.pdf

Download (104kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

256

Indexing

Statistic

Statistic details