Pengekalan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dalam mempertingkatkan imej bandar Melaka sebagai destinasi pelancongan / Mohamad Fauzi Ahmad

Ahmad, Mohamad Fauzi (1992) Pengekalan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dalam mempertingkatkan imej bandar Melaka sebagai destinasi pelancongan / Mohamad Fauzi Ahmad. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah mengenai penggunaan pendekatan pengekalan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya bersejarah Melaka agar bangunan-bangunan tersebut menjadi khazanah warisan bangsa dan negara. Langkah ini dapat mengurangkan pembangunan bandar yang terlalu pesat di kawasan bandar kerana pada masa sekarang, tiada polisi mahupun garis panduan yang khusus dalam pengekalan dan perlindungan bangunan sejarah. Oleh itu untuk mendapatkan kefahaman yang luas mengenai pendekatan ini, bahan-bahan bacaan terutaraa yang menerangkan konsep pengekalan dan pemuliharaan di United Kingdom dan negara ini diambil untuk dibuat perbandingan. Setelah pihak pengkaji mengetahui konsep pengekalan dan pemuliharaan maka kajian di lapangan dijalankan. Kajian berbentuk primer dan sekunder menjadi maklumat utama dalam mengumpulkan data kepada kajian ini. Kajian yang dijalankan ini berkisar kepada elemen-elemen bandaraya bersejarah Melaka terutama rupabentuk bandar, bangunan bersejarah, unik dan menerangkan warisan sesuatu bangsa serta aktiviti yang dijana oleh pengunjung. Segala elemen-elemen ini akan dikaji secara terperinci dari segi perkaitannya dengan', bandar Melaka keseluruhannya dan kepada industri pelancoragan khususnya. Kemudian dari penganalisaan ini isu dan masalah akan dikenalpasti untuk dijadikan asas kepada pembentuka.n cadangan ataupun gar is pandua. Pada perihgkat akhirnya polisi dan cadangan akan dibentuk berdasarkan penemuan yang diperolehi semasa kajian tapak. Polisi dan cadangan ini' dibentuk untuk memperbaiki keadaan yang kurang memuaskan agar bangunan-bangunan atau kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan pemuliharaan dapat dipelihara dengan Sokongan dari polisi atau garis panduan yang menyeluruh.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohamad Fauzi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Omar, Dasimah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings
N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Conservation and restoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Lanjutan Perancangan Bandar dan Wilayah - AP221
Keywords: Conservation of historic building; Melaka; city design; policy
Date: May 1992
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2553
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 2553.pdf] Text
2553.pdf

Download (140kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

2553

Indexing

Statistic

Statistic details