Abstract
Cadangan menaiktaraf Taska dan Tadika Nurul Asyikin di no.2,Jalan Belangkas 2,Kuala Lumpur ialah satu kerja merekabentuk dan menaik taraf. Tujuan utama projek ini adalah merekabentuk dan merancang ruang supaya lebih bersistematik dan berfungsi tanpa membebankan dan dapat memenuhi keperluan pengunjung. Dalam masa yang sama, rekabentuk ini memenuhi objektif projek dimana ianya dapat mengenal pasti kajian yang perlu dijalankan bagi membolehkan reka bentuk cadangan mencapai matlamat. Merekabentuk imej yang mampu menonjol pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai suatu kelainan yang mampu menarik pengunjung dan ibu bapa untuk menghantar anak meeka disini. Antara kajian yang telah diadakan sepanjang berlangsungnya projek ini ialah menjalankan penyelidikan tentang jenis dan kaedah pembelajaran, tapak cadangan dan kawasan sekeliling, maklum balas serta pendapat orang ramai tentang cadangan menaiktaraf di tapak cadangan dan aspek tarikan pengunjung jika di buka di tapak cadangan. Maklumat di tapak cadangan juga diambil sebagai panduan sebelum merekabentuk contohnya gambar-gambar, struktur bangunan, kapasiti dan keluasan keseluruhan tapak. Konsep dan imej yang di cadangkan djangkakan mampu memberi satu kesan yang baik pada bangunan dan mampu memberi kelainan di dalam suasana pembelajaran kanak-kanak disini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahab, Waheda UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Menaiktaraf; Rekaan Dalaman; Tadika Nurul Asykin |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25189 |
Download
PPd_WAHEDA WAHAB AP 08_5.pdf
Download (98kB)