Laporan cadangan merekabentuk dalaman Butik Forever 21 di 10-01 1st Floor, West Wing, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia/ Nurul Nabila Abdul Rahim

Abdul Rahim, Nurul Nabila (2009) Laporan cadangan merekabentuk dalaman Butik Forever 21 di 10-01 1st Floor, West Wing, Berjaya Times Square, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia/ Nurul Nabila Abdul Rahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk dalaman ruang Butik Forever 21 di 10-01, 1st Floor, East Wing, Berjaya Times Square, 1 Jalan imbi, 55100 Kuala Lumpur. Pembukaan butik ini merupakan butik cawangan yang ke-lima di Malaysia setelah mempunyai butik di 1Utama, Pavilion, Sunway Piramid dan di Queensbay Pulau Pinang. Butik Forever 21 merupakan sebuah butik yang asalnya dari California, Los Angelas. Butik ini menjual pelbagai barangan wanita, dan lelaki, dari pakaian, sehinggalah kepada aksesori, beg dan kasut. Butik ini memberikan pelanggan terutama golongan remaja, mengenai pilihan terhadap fashion pada hari ini, yang selalu berubah dan selalu dalam era hari ini. Butik ini telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia termasuklah diantaranya di United States, Filipina, Canada, Singapore, Indonesia, Korea, Jepun dan banyak lagi negara-negara lain. Pelanggan yang berkunjurag ke Butik Forever 21 merupakan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang. Oleh itu, stail dan konsep dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu dan mestiiah memberikan keselesaan keada pelanggan ketika membuat urusan. imej dan konsep yang dipilih mestilah yang mempunyai jiwa remaja dan stail rekabentuk yang dipilih untuk butik Forever 21 ini ialah 'experience the youth spirit’ yang membawa maksud merasai atau menjiwai zaman remaja. Ini adalah kerana zaman remaja merupakan zaman yang paling menggembirakan dan zaman yang penuh berwarnawami dalam hidup seseorang. Zaman ini hanya datang sekali dalam seumur hidup dan haruslah dihayati dan dinikmati oelh setiap remaja. Dalam menyiapkan tugasan ini, beberapa kajian periu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untk mengenalpasti sasaran pengguna dan sebagainya.Antara kaedah kajian yang dijalankan ialah melalui temuramah, internet, borang soal selidik, pemerhatian dan beberapa kajian lain. Kajian ini seterusnya membantu memberikan maklumat dalam merekabentuk ruang dalaman butik Forever 21.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahim, Nurul Nabila
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Butik Forever 21
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25186
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURUL NABILA ABDUL RAHIM AP 09_5.pdf] Text
PPd_NURUL NABILA ABDUL RAHIM AP 09_5.pdf

Download (122kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

25186

Indexing

Statistic

Statistic details