Abstract
Projek akhir ini merupakan cadangan manaik taraf hotel Shahzan Inn yang dahulunya merupakan sebuah rumah rehat sultan Pahang. Tujuan utama projek ini ialah dengan merekabentuk semula ruang yang sedia ada untukmemberi lebih keselesaan dan memenuhi keperluan pelanggan yang datang menginap di hotel tersebut. Dalam masa yangsama, rekabentuk ini akan dapat memenuhi objektif projek iaitu hotel ini bukan sahaja mempunyai konsep dan imej yang tersendiri, malah mampu memberi daya tarikan kepada ramai pelancong yang bukan sahaja dari Malaysia dan pelancong dari luar yang datang menginap di sini. Hotel ini juga terletak di puncak sebuah bukit di Cameron Highlands yang pasti memberi kepuasan dan ketenangan kepada mereka yang menginap disini. Beberapa kajian telah dijalankan, antaranya ialah mengenalpasti jenis-jenis hotel yang terdapat di kawasan sekeliling dan kemudahan yang terdapat di kawasan tapak projek. Maklum balas dari pelanggan yang berkunjung ke hotel tersebut dan pendapat orang ramai akan digunakan untuk cadangan mengubah suai dan mereka bentuk hotel tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi impak dan perubahan yang besar kepada bangunan ini. Ia juga boleh dijadikan salah satu daya tarikan utama kepada pelancong dari luar dan dalam Negara untuk datang ke sini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Nor, Nurul Ain UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc. T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | cadangan menaik taraf, Shahzan Hotel |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25179 |
Download
PPd_NURUL AIN MOHAMED NOR AP 07_5.pdf
Download (111kB)