Abstract
Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar seluruh aspek rekabentuk daiaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Produk pilihan untuk projek ini adalah kedai kelengkapan sukan Yonex di Kelana Parkview, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk meluaskan lagi pengaruh produk Yonex kepada orang ramai sekaligus meningkatkan hasil jualan di negara ini. Dengan adanya cawangan kedai kelengkapan sukan Yonex ini, pengguna akan lebih mudah mendapatkan produk Yonex khususnya untuk kelengkapan golf, tenis dan badminton. Dalam menjalankan projek ini, kepentingan yang begitu jelas dapat dilihat adalah untuk menggalakkan orang ramai bersukan di samping menggunakan produk yang berkualiti yang dihasilkan Syarikat Yonex. Kaedah kajian yang dijalankan terhadap projek ini adalah berasaskan pemerhatian terhadap kedai barangan sukan di dalam dan di luar negara. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal dihasilkan menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Diharap rekabentuk ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap individu sekaligus membuka minda mereka terhadap kepentingan sukan dalam kehidupan harian.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yurid, Syahfirul Haznie UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25149 |
Download
PPd_SYAHFIRUL HAZNIE YURID AP 08_5.pdf
Download (94kB)