Abstract
Matlamat perancangan secara globalnya adalah untuk
mewujudkan situasi persekitaran yang ideal untuk kehidupan manusia. Untuk mewujudkan keadaan itu, kajian perlu dijaiankan untuk mengetahui kehendak manusia terhadap persekitarannya. Ini termasuklah dengan mengetahui masalah-masalah dan keperluan dari setiap unsur fizikal dan kehidupan seterusnya membuat penyepaduan untuk mendapatkan kebaikan. Antara tujuan utama ialah bagi mendapatkan cara atau polisi yang terbaik untuk menangani setiap masalah dan isu-isu yang didapati daripada kajian yang dilakukan. Semua ini terkandung dalam satu proses perancangan ysng perlu dijaiankan oleh pihak yang berkuasa di sesuatu tempat.
Pera.ncangan tidak. dapat lari daripada prinsip-prinsip
demok.rasi di ma.na orang ramai atau pihak awam berhak
menentukan arah kehidupan mereka. .Justeru itu, prases
perancangan perlu melibatkan orang ramai untuk membantu dalam membuat perancangan. Di Malaysia, perundangan mewajibkan penglibatan awam dalam
memastikan perancangan yahg dibuat, benar-benar msnepati kehendak dan aspirasi rakyatnya yang berbilang bangsa dan keturunan. la juga merupakan peluang kepada orang awam untuk turut serta dalam membentuk dan mempengaruhi tahap dan arah aliran pembangunan di masa depan . Rancangan Tempatan disediakan sebagai satu perancangan yang komprehensif mengikut kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Ak.ta 172) dan kaedah-kaedah yang ditetapkan sebagai satu bentuk rancangan psmajuan. Di dalam proses penyediaannya, terdapat program penglibatan
awam. Program untuk melibatkan orang ramai ini seharusnya menepati matlamat seperti yang dinyatakan tadi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nor, Harunnarashid UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/250 |
Download
PPd_HARUNNARASHID MOHD NOR AP 94_5 P01.pdf
Download (141kB) | Preview