Abstract
Projek kajian akhir yang dilakukan adalah merupakan cadangan menaiktarafkan sebuah kelab rekreasi bagi sukan air iaitu Lumut International Yacht Club yang terletak di Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut. Kelab ini menyediakan aktiviti - aktiviti bagi ahli- ahli persatuan Kelab Kapal Layar yang bertaraf antarabangsa dan lebih bersifat mewah . Pada masa yang sama menyediakan aktiviti pelayaran dan penyimpanan bot.Selain itu juga kelab ini tidak mempunyai konsep yang jelas dan tersendiri dalam sudut rekabentuk dalaman bagi menaikkan taraf kelab rekreasi ini yang juga merupakan kelab rekreasi yang menjadi tumpuan para pelancong pada masa kini. Antara kajian yang dilakukan dalam menjayakan projek akhir ini termasuklah kajian pemilihan tapak, temuramah, pemerhatian kajian kes dan soal selidik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kelemahan yang terdapat pada ruang - ruang yang disediakan untuk aktiviti berkaitan sukan perkapalan dan rekabentuk dalaman kelab rekreasi serta pengurusan sesebuah kelab kapal layar masa kini bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada para ahlinya yang sememangnya adalah dari golongan berada dan profesional. Kajian - kajian dan proses pengumpulan data akan ditetapkan di dalam proses membentuk agar memperolehi imej dan rekabentuk ruang yang selesa dan menarik selain mewujudkan imej yang baru bagi kelab kapal layar bagi menarik lagi tumpuan pelancong untuk berkunjung ke kelab kapal layar ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Raduan, Suraya UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design; International Yacht Club; Lumut, Perak |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24915 |
Download
PPd_SURAYA MOHD RADUAN AP 07_5.pdf
Download (114kB)