Abstract
Sektor perlancongan merupakan satu sektor yang penting bagi negara kita. Pengangkutan juga adalah penting agar sektor ini dapat beijalan dengan maju. Kini, di zaman negara menuju era teknologi maklumat segala urusan di lakukan dengan pantas sepertimana pergerakan manusia yang mengikut rentak kemajuan, maka tidak hairanlah pengangkutan udara semakin mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. Tambahan pula dengan pelbagai pakej-pakej yang murah yang terdapat ketika ini. Dengan meningkatnya sektor pelancongan dan pengangkutan udara ini bermaksud sesebuah pusat penjualan tiket dan perundingan perlu di wujudkan di kawasan orang ramai bagi memudahkan masyarakat mendapatkan meklumat terkini tentang pakej-pakej dan tiket-tiket yang disediakan. Sesebuah pusat penjualan tiket dan perundingan dapat memberi gambaran yang baik kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat di pusat ini. Maka adalah wajar sesebuah pusat penjualan tiket dan perundingan itu mempunya imej tersendiri dan dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi seiring perkembangan teknologi semasa yang telah dikecapi oleh negara kita. Dengan wujudnya pelbagai kemudahan dan rekabentuk yang menarik diharapkan dapat meningkatkan lagi kadar pelanggan pada masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samsudin, Siti Normah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk Dalaman; Airasia Ticketing and Tour |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24912 |
Download
PPd_SITI NORMAH SAMSUDIN AP 05_5.pdf
Download (123kB)