Rumah Hjh. Ramlah Bt Jasod, Kg Kubang Chandong, Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan / Rozita Hassan and Nor Maya Gussalleh

Hassan, Rozita and Gussalleh, Nor Maya (2001) Rumah Hjh. Ramlah Bt Jasod, Kg Kubang Chandong, Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan / Rozita Hassan and Nor Maya Gussalleh. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bangunan tradisional yang masih kekal sering mendapat penghargaan yang tinggi daripada orang ramai. Penghargaan yang sedemikian disebabkan oleh mutu pertukangan yang baik, penggunaan bahan binaan yang bermutu tinggi dan kepekaan perekabentuk kepada aspek alam persekitaran seperti penerapan sumber iklim dalam rekabentuk, penyesuaian aspek sosial dan spiritual yang digabungkan ke dalam rekabentuk dengan harmoni hingga melahirkan bentuk bangunan yang sungguh menarik. Kajian dokumentasi Rumah Melayu Tradisional ini telah membuktikan bahawa rumah tersebut memang dihasilkan daripada daya kreativiti dan tahap pertukangan yang tinggi nilainya. Setiap aspeknya mencerminkan daya pemikiran dan pengalaman yang telah lama dikumpul. Kalau diambil daripad satu aspek pembinaan bangunan sudah pasti ia dapat diungkaikan dengan pengetahuan yang tersirat. Pembinaan rumah tradisional ini menggunakan bahan utama seperti kayu yelah melahirkan pelbagai bentuk bangunan yang unik di rantau ini. Kehalusan seni tukang-tukang Melayu membina bangunan yang cantik memang telah lama terkena. Tradisi seni yang tinggi nilainya masih lagi dipertahankan walaupun perubahan masa sering menghimpit dan mengancam warisan tersebut. Arus kemodenan telah banyakmerubah keadaan tersebut dan tukang-tukang yang mahir semakin hari semakin hilang di telan arus zaman serta menjadikan seni pertukangan yang unik itu semakin pudar. Proses pembinaan rumah Melayu tradisional ini juga agak unik. la di bentuk oleh keadaan sekitar dan dipengaruhi oleh keadaan iklim setempat. Hal ini berbeza dengan pembinaan bagi rumah-rumah kebudayaan lain seperti Cina dan India. Bangunan akan dibina dengan pembinaan tapak dan asas, kemudian diikuti pula dengan struktur bumbung yang biasa dibina di atas asas yang akan digunakan. Setelah siap struktur bumbung akan dipindahkan ke tempat lain iaitu setelah ditanggalkan daripada bentuknya. Setelah Semua struktur utama siap didirikan barulah bumbung dibina dengan kemasannya sekali dan menjadikan kawasan di bawahnya terhindar daripada panas matahari dan hujan. Semoga dengan adanya dokumentasi tentang Rumah Melayu Tradisional ini, serba sedikit dapat memberi dan meluaskan pengetahuan serta memberi lebih banyak penjelasan mengenai Rumah Melayu Tradisional ini terutamanya Rumah Melayu Perak.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Rozita
UNSPECIFIED
Gussalleh, Nor Maya
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Interior Design
Keywords: Bangunan tradisional, Rekabentuk dalaman
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24894
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ROZITA HASSAN  AP 01_5.pdf] Text
PPd_ROZITA HASSAN AP 01_5.pdf

Download (111kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

24894

Indexing

Statistic

Statistic details