Abstract
Tujuan galeri ini diwujudkan adalah untuk mewujudkan sebuah galeri khusus yang menceritakan tentang perkembagan pasukan yang ditaja oleh PETRONAS di dalam arena sukan permotoran. Galeri ini juga akan dapat memperkenalkan pasukan-pasukan yang ditaja oleh PETRONAS di dalam arena sukan permotoran di peringkat antarabangsa terutamanya di peringkat ASIA memandangkan sukan permotoran kini semakin popular dan semakin berkembang di Malaysia. Terutamanya sukan Formula Satu. Satu masa dahulu, sukan ini hanya disertai golongan mewah dan berada sahaja. Kini, sukan ini sudah mula disertai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, pangkat dan jantina. Galeri Permotoran PETONAS ini ditubuhkan di bawah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Tapak yang terletak di Lot 1182, Jalan Sultan Ismail, 54000 Kuala Lumpur dirasakan amat sesuai untuk projek ini kerana ianya strategik. lanya kerana tapak ini terletak di tengah-tengah jalan utama ke Bukit Bintang dan KLCC. Ini penting untuk memastikan ianya berpotensi untuk dijadikan tumpuan orang ramai. Kajian demi kajian dilakukan agar galeri yang akan direkabentuk ini praktikal dan dapat memenuhi kehendak klien, masyarakat dan golongan sasaran. Dengan adanya kajian-kajian ini, rekabentuk galeri ini tidak akan bercanggah dengan kehendak dan keperluan semua pihak. Selain itu, galeri ini dapat menyediakan tempat yang sesuai bagi peminat-peminat sukan permotoran khususnya pasukan PETRONAS untuk berkumpul dan meluaskan pengetahuan dan mendapatkan maklumat terbaru tentang pasukan kegemaran mereka. Kesimpulannya, galeri ini merupakan satu manifestasi penglibatan PETRONAS di dalam arena sukan permotoran. Peminat sukan permotoran kini boleh mendapatkan maklumat dan informasi tentang sejarah penubuhan dan perkembangan syarikat Petroleum Malaysia, PETRONAS dan pasukan-pasukan sukan permotoran yang ditaja oleh PETORNAS di dalam galeri ini. Dengan adanya galeri ini juga, peminat sukan permotoran dapat menyaksikan perubahan teknologi yang dilakukan oleh PETRONAS sepanjang 10 tahun penglibatannya di dalam arena sukan permotoran di peringkat dunia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Latif, Noor Diana 2002286024 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Norashikin UNSPECIFIED Advisor Alwi, Ramlah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk dalaman, Galeri Permotoran PETRONAS, prinsip |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24864 |
Download
24864.pdf
Download (798kB)