Abstract
Cadangan Rekabentuk Dalaman Ruang Niaga Xbox adalah merupakan sebuah projek untuk Microsoft (M) Sdn. Bhd. Projek ini dijalankan untuk memperkenalkan produk Xbox kepada para pengunjung di samping menunjukan rekabentuk dalaman bagi sebuah ruang niaga Xbox menjurus kepada ergonomik dan berteknologi tinggi. Juga menerapkan prinsip, konsep dan prospek masa hadapan Microsoft Xbox ini. Ruang niaga Xbox ini merupakan pusat jualan barangan sah Xbox dan sumber informasi terkini perkakasan dan perisian Xbox kepada pelanggan khususnya rakyat Malaysia. Antara cadangan ruang untuk projek ini adalah seperti lobi hiburan dan informasi, ruang pameran perkakasan dan perisian, kaunter dan pejabat operasi strategi dan pentadbiran. Tapak lokasi terletak di ‘segitiga emas komersil’ dalam bangunan Berjaya Times Square di tingkat 5 bersebelahan pintu masuk ke pusat hiburan tema Times Square. Isu penting projek ini adalah berdasarkan perkembangan teknologi hiburan ‘indoor’ serta pengawalan maksima remaja di dalam rumah oleh ibu-bapa. Xbox merupakan pesaing utama Sony Playstation diikuti dengan Nintendo Gamecube dan seterunya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Dahalan, Nazrul Nizam 2003260357 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Misnat, Nordin UNSPECIFIED Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED Advisor Abd Rani @ Ghani, Rusni UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Interior design, Microsoft XBOX, ruang |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24706 |
Download
24706.pdf
Download (326kB)