Abstract
Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah cawangan baru bagi syarikat Bentley Music Sdn. Bhd. yang kini mempunyai hanya dua cawangan di Malaysia iaitu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan di The Curve, Damansara. Cawangan baru yang akan diwujudkan ini adalah di Ipoh, Perak yang merupakan antara tempat yang membangun di Malaysia. Bentley merupakan sebuah syarikat yang menjual dan membekal alat-alat muzik yang berjenama disamping itu syarikat ini juga mempunyai akademi muzik sendiri yang menyediakan kursus muzik. Sebelum melaksanakan projek ini, beberapa kajian telah dijalankan untuk memenuhi kehendak dan matlamat klien. Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian dengan membuat soal selidik. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data akan dianalisis dan diterapkan di dalam proses merekabentuk untuk mendapatkan rekabentuk yang selesa, menarik disamping mewujudkan satu imej baru dengan sentuhan gaya dan imej yang tersendiri.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Samad, Muhamad Zulfahmi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24698 |
Download
PPd_MUHAMAD ZULFAHMI ABDUL SAMAD AP 09_5.pdf
Download (129kB)