Abstract
Restoran Mee Rebus Ramli merupakan sebuah restoran yang dikenali ramai di Ipoh Perak. Cawangan asal restoran ini adalah terletak di Jalan Taman Tasek Jaya, Ipoh Perak. Antara isu dan masalah yang dikenalpasti adalah seperti rekabentuk restoran yang tidak mempunyai konsep, perancangan ruang makan dan susun atur perabot yang tidak begitu menarik serta pemilihan material dan skema waraa yang tidak menepati ciri-ciri sesebuah restoran yang baik. Selain itu, ia juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kenderaan kerana jalan yang agak kecil serta kedudukannya yang tidak strategik. Cadangan yang dibuat bagi projek ini adalah untuk merekabentuk sebuah restoran Mee Rebus Ramli yang mana tapak cadangannya terletak di Aras Bawah Lot 8069N, Blok D, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Green Town, 30450 Ipoh, Perak. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk merekabentuk sebuah restoran yang lebih baik dari segi pengurusan serta mempunyai perkhidmatan dan kemudahan yang lebih efisyen. Objektif yang kedua ialah mewujudkan sebuah restoran yang bersifat dinamik yang mana ia mempunyai sistem pengurusan yang lebih bersistematik dan beijaya dari segi perkhidmatan yang disediakan. Objektif yang seterusnya ialah mewujudkan sebuah restoran yang bertemakan imej Kontemporari Melayu. Skop kajian ini ialah mengenalpasti segala permasalahan yang ada pada rekabentuk restoran. Selain itu, skop kajian ini juga adalah memberi penekanan kepada unsur-unsur rekabentuk yang haras diterapkan dalam merekabentuk ruang bara untuk restoran tersebut. Klien projek pemilik restoran ini juga adalah Jasni bin Ramli. Antara metodologi kajian yang dilakukan ialah seperti membuat analisa tentang tapak dan persekitaran bangunan, mengumpul data-data dan maklimat, membuat kajian precedent seperti menemuramah, dokumentasi, jumal dan sebagainya. Konsep yang ingin diberikan dalam projek ini ialah “ the sense o f taste ”. Apa yang ingin ditonjolkan dalam rekabentuk restoran tersebut ialah para pelanggan yang hadir ke restoran ini bukan sahaja dapat menikmati kelazatan menu yang disediakan, malah mereka juga dapat merasai keunikan yang ada pada setiap ruang di restoran berkenaan yang bertemakan Kontemporari Melayu. Imej yang dipilih ini adalah bertujuan untuk menjadikan tradisi dan budaya Melayu tidak dilupai oleh generasi masa kini dan akan datang. Pemilihan wama yang sesuai amatlah penting dalam menjadikan ia lebih menarik perhatian para pengunjung ke restoran ini. Hasil kajian ini juga adalah untuk membincangkan tentang konsep dan tema yang sesuai bagi restoran ini. Ini kerana sesebuah rekabentuk restoran itu memerlukan kepada konsep dan tema masing-masing bagi memastikan ia kelihatan lebih menarik dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Dengan adanya elemen-elemen tersebut, maka ia akan dapat melahirkan satu rekabentuk yang lebih baik dan berkualiti serta mampu mempengarahi setiap individu untuk hadir serta menikmati keindahan ruang dalaman dan luaran di persekitaran bangunan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab.Rajab, Mohd Razuha UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24693 |
Download
PPd_MOHD RAZUHA AB RAJAB AP 08_5.pdf
Download (139kB)