Abstract
Tujuan thesis ini dibuat untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang di cadangkan ini ialah Mereabentuk Ruang Dalaman “ Arsenal Football Club Supporters of Malaysia “ di No. 46, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Sebelum menjalankan thesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut peringkat-peringkat tertentu. Pelbagai faktor-faktor penting perlu diambilkira terutama dari sudut ruang dalaman dan termasuklah persekitaran luaran tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman dan persekitaran tapak. Langkah-langkah ini amat penting kerana ia untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi di tapak cadangan. Selain itu kajian terhadap kelab ini juga perlulah diambilkira kerana ia sedikit sebanyak membantu di dalam proses merekabentuk. Dengan kajian yang telah dijalankan serta pengumpulan data-data secara tidak langsung dapat membantu di dalam proses merekabentuk di mana ia akan mendapat satu rekabentuk yang selesa dan menarik serta dapat mewujudkan imej dan gayanya yang tersendiri. Sehubungan itu, satu perancangan yang teliti telah telah dibuat sebelum rekabentuk cadangan ruang baru. Beberapa aspek penting perlu diambilkira untuk memastikan ruang yang dibuat mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keprluan pengguna. Keselesaan pengguna amat penting agar mereka dapat menikmati ruangruang tersebut dengan selesa. Dengan ini, untuk menampakkan lagi ruang itu seperti satu ruang yang hidup maka faktor psikologi perlu diambil kira agar elemen-elemen yang diterapkan dapat menaikkan rasa semangat serta keseronokan bagi ahli-ahli kelab serta pengunjung yang datang ke kelab ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Mohd Ikhwan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Interior Design |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24686 |
Download
PPd_MOHD IKHWAN RAZALI AP 04_5.pdf
Download (107kB)