Abstract
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk menganalisa projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman ini. Projek yang dicadangkan ialah merekabentuk skim baru bagi Butik Kirana di Kompleks Membeli-belah Berjaya Times Square Jalan Imbi Kuala Lumpur iaitu sebuah butik baju kurung. lanya akan bersuasanakan ciri- ciri tradisional dengan membawa bersama matlamat, perancangan yang sistematik dan berfungsi bagi setiap ruang tanpa meminggirkan keperluan dan keselesaan pelanggan. Selain itu, Butik Kirana juga membawa bersama objektif untuk membentuk satu tarikan baru yang membawa keuntungan kepada negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Objektif lain bagi cadangan ini adalah untuk memperkembangkan dan memperkenalkan tradisi pakaian masyarakat melayu tradisional yang mendapat sentuhan moden dalam bidang industri fesyen supaya dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat dan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia. Pelbagai prosedur perlu dilakukan mengikut peringkat tertentu di mana pelbagai faktor penting perlu diberi perhatian.Terutamanya dari sudut ruang dalaman dan persekitaran luartapak. Lawatan ke tapak lot cadangan juga telah dibuat untuk melihat keadaan asal lot. Ini adalah untuk mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman dan persekitaran tapak. lanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak supaya ianya sesuai dengan projek yang telah dicadangkan. Pada masa yang sama, gambar lot dan sekitarnya telah diambil begitu juga dengan ukuran tapak lot tersebut secara tidak langsung dapat memudahkan proses rekabentuk dijalankan. Tapak lot asal yang mengunakan struktur kerangka masih dalam keaadan baik. Cadangan membuka cawangan baru bagi Butik Kirana ini merangkumi empat lot asal yang terdapat di Kompleks Membeli Belah Berjaya Times Square. Kombinasi diantara rekabentuk cadangan dan imej iaitu tradisional klasik diharapkan dapat membenkan hasil yang sesuai untuk Butik Kirana ini. Kesimpulannya, Butik Kirana ini bukan sahaja member! gambaran yang baik pada masyarakat dan pelancing luar negaia mengenai butik pakaian, malah ia juga mampu berfungsi dengan sebaiknya kepada para pelanggan dari segi rekabentuk dan juga perkhidmatannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Fuad, Nur Darina UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24679 |
Download
PPd_NUR DARINA AHMAD FUAD AP 07_5.pdf
Download (141kB)