Cadangan merekabentuk hiasan dalaman Restoran Serai Satay Bar di No 67, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, Putrajaya / Nur Hazwani Abu Salim

Abu Salim, Nur Hazwani (2009) Cadangan merekabentuk hiasan dalaman Restoran Serai Satay Bar di No 67, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, Putrajaya / Nur Hazwani Abu Salim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir bagi pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman adalah merupakan kesimpulan kepada kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman restoran Serai Satay Bar di No 67, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, Putrajaya. Restoran yang dicadangkan ini direkabentuk di dalam sebuah bangunan jenis rumah kedai yang akan disewakan oleh pemilik Serai Satay Bar. Sasaran pelanggan bagi restoran ini adalah dikalangan orang bekeija, keluarga dan juga pelancong asing yang sering mengunjungi Putrajaya. Kedudukan restoran yang dicadangkan ini adalah strategik kerana berada dalam kawasan diplomatik di mana ia merupakan tempat yang mempunyai banyak kemudahan yang akan memenuhi kehendak orang ramai yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah kedai ini. Oleh kerana pelanggan yang berbeza menjadi sasaran klien, maka rekabentuk dan penyusunan ruang adalah penting bagi memastikan pelanggan mendapat keselesaan dan kepuasan. Imej dan konsep yang dipilih juga bersesuaian dengan imej klien yang menginginkan suasana melayu ketika menjamu sajian yang tertumpu kepada masakan melayu mengikut resipi keluarga yang tersendiri secara turun temurun. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk menampakkan unsurunsur melayu dalam setiap ruang, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ruang-ruang makan yang lebih tersusun serta selesa untuk memberi laluan yang efektif tanpa berlaku kecacatan yang boleh memudaratkan pegguna. Kajian ini perlu dilakukan dengan baik bagi merekabentuk ruang yang baik dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Salim, Nur Hazwani
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24655
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NUR HAZWANI ABU SALIM AP 09_5.pdf] Text
PPd_NUR HAZWANI ABU SALIM AP 09_5.pdf

Download (109kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24655

Indexing

Statistic

Statistic details