Abstract
Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa dewasa. Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesehatan dunia) adalah 12 sampai 24 tahun. Namun jika pada usia remaja seseorang sudah berkahwin, maka ia termasuk dalam golongan dewasa atau bukan lagi remaja. Sebaliknya, jika usia sudah bukan lagi remaja tetapi masih tergantung pada orang tua, maka dimasukkan ke dalam kelompok remaja. Belia atau remaja - satu golongan penting dalam masyarakat bukan sahaja kerana bilangannya (yang beijumlah lebih 10 juta), akan tetapi kerana mereka merupakan penyambung usaha yang dirancang dan dilaksanakan hari ini. Merekalah yang akan meneruskan perjuangan ini supaya negara muncul sebagai sebuah negara maju di abad-abad mendatang. Kaum remaja akan mengambil alih teraju kepimpinan negara, menjadi sumber tenaga mahir untuk menggerakkan sektor perindustrian dan mendirikan benteng pertahanan negara. Remaja boleh dijadikan asset kepada masyarakat atau sebaliknya boleh juga menjadi satu bebanan. Apa yang telah berlaku kebelakangan ini menyebabkan kita harus berasa bimbang. Malah kehadiran mereka kadang kala menimbulkan masalah dan jika tidak diatasi, ia boleh mendatangkan ancaman kepada kehidupan masyarakat umum.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Khalid, Norasikin UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma of Interior Designer |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Pusat Komuniti Remaja Xfresh |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24651 |
Download
24651.pdf
Download (117kB)