Abstract
Cadangan Rekabentuk Dalaman Butik Tengku Ismail ini merupakan sebuah projek untuk Tengku Ismail Tengku Su. Tapak lokasi projek ini terletak di dalam pusat membeli - belah Suria KLCC. Di lot A dan A / C, Aras 3, Ampang Mall, Suria KLCC, 50088, Kuala Lumpur. Tujuan projek ini adalah permintaan dari Tengku Ismail untuk memasarkan produk beliau ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat memperkenalkan keunikan Terengganu serta mempromosikan Pura Tanjung Sabtu. Metodologi kajian yang dijalankan dengan cara pengumpulan data melalui buku dan majalah, temuramah, kajian kes dan soal selidik. Ruang butik ini merangkumi ruang masuk dan penerimaan pengunjung, kaunter dan kaunter pembayaran, bahagian pentadbiran, bahagian jualan, ruang perbincangan, ruang penyimpanan stok dan bahagian pameran. Dengan adanya butik seperti ini, jumlah pelancong ke Malaysia dan ke Terengganu dapat ditingkatkan. Sejarah dan kesenian Melayu Terengganu dapat dipelihara dan dijaga martabatnya. Pengunjung yang datang bukan hanya dapat menghayati keindahan songket dan keunikan seni bina Terengganu, tetapi kesedaran tentang kepentingan sejarah penimggalan nenek moyang kaum Melayu dan kesan kepada masa depan orang Melayu dan Negara Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamad, Md Saiful Hafiz UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24544 |
Download
PPd_MD SAIFUL HAFIZ MUHAMAD AP 07_5.pdf
Download (129kB)