Abstract
Projek tahun akhir bagi subjek rekabentuk dalaman ini adalah kesinambungan bagi semua aspek - aspek dan pembelajaran yang telah diserap dalam subjek rekabentuk dalaman pada tahap diploma. Pelajar perlu mahir dalam komunikasi yang berkesan melalui persembahan grafik mahupun dokumentasi. Seterusnya pengetahuan dan pemahaman dalam teknikal, proses rekabentuk dan pembangunan konsep. Aspek - aspek demikian perlu ada dalam memulakan sesebuah projek. Projek kali ini memaparkan pelbagai isu dan masalah berkaitan restoran mamak. Nasmir Holding Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang sedang membangun dan menaikkan nama dalam pemiagaan restoran mamak. Bagi memajukan pemiagaan ini, pihak mereka telah membuat keputusan untuk membuka cawangan bam. Tapak yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan. Analisa tapak amat penting dan ini merupakan proses pemilihan tapak projek yang sesuai untuk bangunkan restoran. Selepas itu, kajian kes perlu ada sebagai panduan sebelum melakukan proses rekabentuk yang lain. Pelbagai proses yang dijalankan termasuk perbincangan bersama klien bagi memastikan projek berjalan dengan lancar. Proses rekabentuk yang berlaku mengambil kira pelbagai aspek termasuk elemen - elemen rekabentuk. Dalam proses tersebut, idea - idea mula dikeluarkan dan akhimya, rekabentuk yang terhasil akan dikemaskini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Salim, Mas Widayu UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24543 |
Download
PPd_MAS WIDAYU SALIM AP 09_5.pdf
Download (117kB)