Abstract
Projek akhir saya ini merupakan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Rehabilitasi Obesiti di Sal Group Collage, 252-282, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur. Tujuan projek ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan tarikan Rehabilitasi obesiti di Kuala Lumpur. Tujuan utama pengkajian ini adalah untuk memberi pendekatan baru kepada sesebuah pusat rehabilitasi di Kuala Lumpur berbanding pusat rehabilitasi sedia ada. Dengan adanya pendekatan baru ini, ia dapat membuka mata rakyat Malaysia mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dari gejala obesiti. Kaedah pengkajian yang dijalankan terhadap projek ini berdasarkan pemerhatian terhadap pusat rehabilitasi yang lain di sekitar Kuala Lumpur dan ini dapat menyelesaikan masalah merekabentuk dalaman pusat rehabilitasi ini dan dapat melakukan sebarang pembaharuan bagi kemudahan dan keselesaan para pengguna. Justeru itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk pusat rehabilitasi obesiti ini. Obesiti yang semakin membimbangkan ini perlunya sebuah pusat yang dapat memberikan pendidikan yang berkesan. Diharap rekabentuk ini memberi manfaat pada semua rakyat Malaysia dan rakyat dinegara jiran.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdull Aziz, Izham UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Cadangan merekabentuk; Rekabentuk ruang dalaman |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24326 |
Download
PPd_IZHAM ABDULL AZIZ AP 04_5.pdf
Download (124kB)