Abstract
Menu masakan sesebuah restoran memainkan peranan penting untuk menarik minat pelanggan datang berkujunjung. Sesebuah restoran yang dibuka, akan menumpukan menu masakan tertentu bergantung kepada konsep yang hendak diketengahkan. Bagi pemilik Restoran Tasik Ralban, Pn Jamaliah Desa, masakan ala kampong merupakan menu istimewa bagi restoran ini. Selain itu, Restoran Tasik Raban turut menawarkan menu ikan bakar air tawar kepada para pelanggan yang meminati ikan air tawar. Restoran ini tertetak di Ipoh dan merupakan cawangan kedua pemilik selepas Lenggong. Cadangan projek adalah menaiktaraf semula Restoran Tasik Raban selaras dengan menu masakan yang dihidangkan, selain dapat memenuhi kehendak dan keperluan klien. Antara objektif kajian adalah merekabentuk semula ruang restoran menjadi lebih menarik dan mencari penyelesaian kepada masaalah yang dihadapi oleh klien. Proses kajian melalui beberapa kaedah iaitu, kaedah temuramah di mana soalan - soalan berkaitan akan diajukan kepada klien dan melalui kaedah ini, masaalah dapat dikenal pastii dengan lebih mudah. Selain itu, kajian ini turut dibantu melalui kaedah rujukan. Sebarang kesulitan atau ketidakpastian akan dirujuk memalui buku, majalah dan pakar.Melalui rujukan juga, contoh-contoh rekabentuk dapat diperolehi. Bagi Restoran Tasik Raban. Suasana kampong merupakan gaya yang sesuai dengan menu masakan yang dihidangkan. Konsep “Inside Out” member peluang kepada pelanggan untuk merasai suasan alam semulajadi yang tenang dan lapang sambil menjamu seJera. Bagi menghasilkan rekabentuk yang terbaik, beberapa kajian kes mengenai restoran didalam Negara telah dilakukakan. Antara restoran-restoran terpilih yang adalah restoran Asam pedas dan restoran Naili’s. Kajian kes ini amat penting kerana melalui kajian ini dapat membuka mata dan memberi idea kepada pelajar mengenai rekabentuk-rekabentuk terbaru. Cadangan mereka bentuk dalaman yang baru Restoran Tasik Raban, Ipoh merupakan sebuah projek yang menarik kerana suasan Restoran Tasik Raban di lenggong akan diterapkan kecawangan di Ipoh. Oleh itu, para pelanggan dapat merasai suasana Tasik Raban walaupun di Ipoh.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Jamaludin, Hanani UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Interior Design |
Keywords: | Rekabentuk baru; Restoran Tasik Raban |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24323 |
Download
PPd_HANANI MOHD JAMALUDIN AP 07_5.pdf
Download (98kB)