Laporan cadangan merekabentuk dalaman Klinik The Dermalogica Lot C-1-6 & C-1-7 TTDI Plaza Jalan Wan Kadir, 6000 Kuala Lumpur / Fatin Amalina Mustapha

Mustapha, Fatin Amalina (2008) Laporan cadangan merekabentuk dalaman Klinik The Dermalogica Lot C-1-6 & C-1-7 TTDI Plaza Jalan Wan Kadir, 6000 Kuala Lumpur / Fatin Amalina Mustapha. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir rekabentuk dalaman adalah merupakan manifestasi terhadap pemahaman pelajar tentang keseluruhan aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari asas hinggalah ke peringkat pembentangan cadangan rekabentuk. Projek yang menjadi pilihan ialah cadangan rekabentuk pusat kesihatan rawatan kulit Dermalogica. Tapak cadangan penyelidik ialah Lot C-1-6 & C- 1-7, TTDI PLAZA, Jalan Wan Kadir, 6000 Kuala Lumpur. Dimana terletak di Taman.Tun.Dr.Ismail, Damansara, Kuala Lumpur. Taman Tun Dr Ismail juga dikenali dengan TTDI. Projek akhir ini bertujuan untuk memperkenalkan klinik untuk produk The Dermalogica yang menggunakan produk, rawatan dan ahli terapi dari The Dermalogica sendiri. The Dermalogica juga mempunyai pusat pengajian mereka sendi untuk mengeluarkan graduan yang bertauliah untuk menjadi ahli terapi di The Dermalogica. Selain itu, klinik ini terbuka kepada semua lapisan masyaratkat tidak kira wanita atau lelaki. Klinik ini akan melahirkan rasa selesa dan menarik pelanggan dengan reka bentuk yang baru bertentangan dengan klinik yang berada di Malaysia yang menyebabkan pelanggan agak takut untuk menjalani rawatan. Metodologi kajian yang dijalankan dengan cara pengumpulan data melalui buku dan majalah, temuramah, kajian kes dan soal selidik. Ruang klinik ini merangkumi ruang masuk, ruang lobi, Skin Bar, mini, ruang pameran produk, bilik rawatan perempuan, bilik rawatan lelaki, Bilik Rawatan VIP, cafe, makmal, pejabat, bilik pekerja, stor, bilik air. Dengan adanya klinik The Dermalogica ini taraf klinik di Malaysia dapat dinaik tarafkan. Pengunjung yang datang akan lebih berpuas hati dan akan lebih kerap mengunjungi klinik kulit ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustapha, Fatin Amalina
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk Dalaman; Klinik The Dermalogica
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24316
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_FATIN AMALINA MUSTAPHA AP 08_5.pdf] Text
PPd_FATIN AMALINA MUSTAPHA AP 08_5.pdf

Download (91kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24316

Indexing

Statistic

Statistic details