Abstract
Projek akhir ini adalah projek bagi merekabentuk dalaman sebuah Pusat Penerokaan Astronautik. Tujuan projek ini dipilih adalah bagi mendalami ilmu-ilmu berkaitan bidang astronautik bermula dari zaman permulaan manusia meneroka ke angkasa hinggalah pada masa sekarang. Lokasi tapak cadangan yang terletak di Jalan Travers Kuala Lumpur ini merupakan satu kawasan yang strategik dimana ianya terletak di tengahtengah laluan bandaraya Kuala Lumpur iaitu Jalan Damansara dan Jalan Tun Sambanthan. Ianya akan menjadi ramai tumpuan kerana kesesuaiannya yang boleh dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Projek ini akan memberi peluang kepada pelbagai golongan untuk mengetahui dengan lebih mendekat mengenai teknologi astronautik yang merangkumi maklumat tentang roket, satelit, kapal angkasa, programprogram yang disediakan bagi angkasawan dan pelbagai maklumat berkaitan yang selama ini hanya dapat ditonton melalui media massa.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Khadir, Azree UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | New design and schemes, Restructuring programs, Upgrading work, Pusat Penerokaan Astronautik |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24253 |
Download
PPd_AZREE ABDUL KHADIR AP 04_5.pdf
Download (76kB)