Abstract
Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang beijaya. la hams dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan reka bentuk skima baru bagi Auto Art Sdn. Bhd. dimana telah menjadikan Mini Cooper sebagai produk utama. Bertempat di Lot 34 Jalan Robson, Robson Height, Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuan utama projek ini adalah merekabentuk dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya ruang pameran dan butik yang baru bagi Mini Cooper adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej Mini Cooper dan memperkembangkan lagi pemiagaan mereka. Cawangan baru ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana pihak klien mengetengahkan produk Mini Cooper dari penjagaan enjin hinggalah ke produk harian seperti pakaian dan aksesori. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua-dua ruang 'exterior & interior1 untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Maklumat tentang tapak cadangan juga diambil sebagai panduan sebelum merekabentuk. Contohnya gambar-gambar, struktur bangunan, kapasiti dan keluasan keseluruhan tapak. Tapak cadangan bangunan yang diperkukuhkan dengan ‘framed-structure’ di mana sistem pembinaan yang digunakan pada kebanyakan bangunan masa kini. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Mini Cooper disamping tidak mentenggelamkan imej Auto Art itu sendiri sebagai pemilik asal samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah penyatu paduan antara reka bentuk dan Mini cooper itu sendiri sebagai metaforanya. Kaca dan besi pula untuk mendapatkan satu imej yang baru, yang sesuai dan dapat mampu menonjolkan imej yang sesuai dengan imej Mini Cooper itu sendiri iaitu The Ultimate Style & Performance.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Adam UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | butik Mini Cooper; Cadangan menaik taraf; Rekabentuk Dalaman; Cadangan rekabentuk |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24240 |
Download
PPd_ADAM AHMAD AP 09_5.pdf
Download (119kB)