Keberkesanan penggunaan sistem "Spiral Waste Bin" sebagai sistem pengumpulan sampah / Masri Aida Mohd Ghani

Mohd Ghani, Masri Aida (2005) Keberkesanan penggunaan sistem "Spiral Waste Bin" sebagai sistem pengumpulan sampah / Masri Aida Mohd Ghani. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pengurusan sisa pepejal yang sempurna merupakan suatu aspek penting bagi menjamin kebersihan di sesebuah kawasan di samping memberi tahap kebersihan dan kesihatan yang baik kepada masyarakat, dan secara relatifnya pembangunan dan pertumbuhan sosio-ekonomi negara juga akan meningkat sekiranya pengurusan ke atas sisa pepejal ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan bersistematik. Pengurusan sisa pepejal ini terdiri daripada beberapa peringkat bermula dari peringkat pengeluaran, penstoran, pengumpulan, pemungutan, pengangkutan, proses guna semula dan proses pelupusan. Kesemua peringkat kerja ini melibatkan tenaga kerja yang ramai, kaedah penyelenggaraan yang komprehensif dan ia berkadar terus kepada kos yang perlu dilaburkan untuk sesuatu jangka masa yang telah ditentukan bagi mempastikan kesan negatif ke atas alam sekitar dan masyarakat sekeliling tidak terkesan dari masalah pengurusan sampah ini. Secara reflektifnya, perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal ini adalah semakin meningkat dari masa ke semasa. Penggunaan teknologi baru di dalam sistem pengurusan sampah seperti Sistem Spiral Waste Bin (SWB) yang telah mula digunakan di beberapa kawasan perumahan awam DBKL perlulah diperluaskan penggunaannya dalam usaha untuk mencapai tahap kebersihan pesekitaran secara optimum. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti cara pengoperasian Sistem SWB disampaing membandingkan Sistem SWB dengan sistem sedia ada yang digunakan oleh pihak DBKL dari segi perjalanan operasi, masa dan penyelenggaraan, bagi mengetahui tahap kepuasan pengguna terhadap sistem SWB dan mengenalpasti masalah yang timbul dalam penggunaan sistem SWB serta mencadangkan penggunaan sistem SWB di kawasan perumahan di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui soalan kaji selidik yang diedarkan kepada penghuni perumahan dikawasan yang telah ditetapkan iaitu di kawasan Perumahan Awam Sri Negeri Sembilan, Sri Melaka dan PPR Desa Tun Razak, temubual dengan pihak DBKL.AIam Flora, Pembekal SWB iaitu Maha Mekar Sdn.Bhd dan juga dengan pemerhatian di kawasan kes kajian. Ini kerana keberkesanan penggunaan sistem ini telah terbukti seperti dapat mengurangkan tenaga kerja, rekabentuk serta operasi penyelenggaraan sistem itu sendiri yang komprehensif serta kos untuk jangka masa panjang bagi sistem ini yang lebih efektif berbanding sistem pengurusan sampah yang sedia ada. Secara keseluruhannya Sistem Spiral Waste Bin ini merupakan pilihan yang tepat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia dalam usaha meminimakan kesan pencemaran terhadap alam sekitar dan ianya memenuhi kehendak fungsi sistem pengumpulan sampah.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ghani, Masri Aida
2003634398
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Hasim, Mohamad Sufian
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental protection
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental pollution
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian)
Keywords: Pengurusan sisa pepejal, sistem pengumpulan sampah, sistem open bin, leach bin
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24236
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 24236.pdf] Text
24236.pdf

Download (127kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

24236

Indexing

Statistic

Statistic details